GARIS PANDUAN SISTEM PENDISPENSAN UBAT BERSEPADU EDISI KEEMPAT 2021

SPUB

Garispanduan ini merupakan satu sumber rujukan bagi pegawai farmasi yang menjalankan perkhidmatan Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB) di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Perkhidmatan ini merupakan satu sistem rujukan seragam di antara farmasi asal (fasiliti merujuk) dan farmasi pilihan (farmasi dirujuk) pesakit untuk pengambilan ubat agar kesinambungan pembekalan ubat susulan kepada pesakit terjamin walaupun mereka tinggal jauh dari fasiliti asal di mana rawatan diterima.  Penerbitan ini merupakan pindaan yang keempat sejak tahun 2003. Kandungan garis panduan ini telah dikemas kini mengikut kesesuaian amalan semasa di mana ianya fokus kepada proses kerja dan dokumentasi yang terlibat dalam aktiviti perkhidmatan ini.

Kategori dokumen: 
Bahan penerbitan
Fail-fail muat turun: 
LampiranSaiz
PDF icon gp-spub-2021-edisi-4-2021.pdf677.43 KB