GARIS PANDUAN PENGENDALIAN MEDICINES ACCESS SCHEME (MASc) DI FASILITI KKM EDISI KEDUA 2024

Fasiliti KKM sering menerima Medicines Access Schemes (MASc) atau skim ubat-ubatan yang ditawarkan oleh pihak syarikat farmaseutikal bagi meningkatkan akses pesakit terhadap ubat-ubatan baharu yang mempunyai impak kewangan yang tinggi.  Melalui perkongsian kos dan risiko rawatan antara syarikat farmaseutikal dan KKM, MASc ini membolehkan lebih ramai pesakit mendapat akses terhadap ubat-ubatan yang diperlukan dengan kos yang lebih rendah atau secara percuma.

MASc yang ditawarkan oleh syarikat farmaseutikal boleh dikategorikan sebagai Patient Access Scheme (PASc), Patient Assisted Programmes Special Approval (PAPSA) dan ubat sampel. Garis Panduan Pengendalian MASc di Fasiliti KKM telah dikemas kini (Edisi Kedua 2024) bagi memastikan pelaksanaan MASc yang lebih sistematik dan teratur serta tadbir urus ubat-ubatan yang diterima melalui skim ini dilakukan dengan baik.

Garis panduan ini boleh diakses dengan mengimbas kod QR berikut:

 

http://tinyurl.com/GPMASc2024

Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh diajukan kepada Cawangan Pengurusan Formulari di alamat emel: cpfor@moh.gov.my.

Kategori dokumen: 
Garis Panduan
Fail-fail muat turun: