GARIS PANDUAN PEMBEKALAN UBAT SUSULAN MELALUI PIHAK KETIGA (UM3) EDISI PERTAMA (2021)

Berikutan pandemik COVID-19, Perkhidmatan Pembekalan Ubat Susulan Melalui Pihak Ketiga (UM3) telah diperkenalkan bagi menyahut saranan kerajaan dalam mengamalkan praktis norma baharu terutamanya dari aspek mengurangkan kesesakan dan kekerapan kedatangan pesakit di fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Usaha ini sekaligus memudahkan pesakit untuk mendapat bekalan ubat. Perkhidmatan UM3 adalah perkhidmatan penghantaran bekalan ubat susulan dari unit farmasi fasiliti kesihatan KKM terus ke lokasi pilihan pesakit dalam hari yang sama melalui pihak ketiga dengan caj penghantaran ditanggung oleh pesakit. Perkhidmatan ini dilaksanakan oleh fasiliti-fasiliti kesihatan KKM yang menawarkan sahaja.

Garis panduan ini diterbitkan sebagai panduan untuk proses kerja dan dokumentasi di fasiliti-fasiliti kesihatan KKM yang menawarkan perkhidmatan ini.

Kategori dokumen: 
Bahan penerbitan
Fail-fail muat turun: