Garis Panduan Kaunseling Pesakit Tuberkulosis (TB)

Isu komplians pesakit dalam mematuhi rawatan pesakit TB merupakan satu isu yang tidak boleh dipandang ringan. Kegagalan rawatan akibat dari ketidakpatuhan terhadap rawatan bakal meningkatkan risiko MDR TB yang bakal menyukarkan proses penyembuhan dan meningkatkan komplikasi penyakit. Pegawai farmasi dilihat berupaya untuk menyumbang untuk mengelakkan isu ketidakpatuhan terhadap rawatan berlaku.

Setiap pesakit seharusnya perlu diberi kaunseling berkaitan pengambilan ubat-ubatan bagi rawatan penyakit TB. Sehubungan itu Pegawai Farmasi perlu memainkan peranan penting dalam mengendalikan sesi kaunseling ubat-ubatan.

Kategori dokumen: 
Garis Panduan
Fail-fail muat turun: 
LampiranSaiz
PDF icon gp-kaunseling-pesakit-tb.pdf922.24 KB