- Laporan Tahunan dan Statistik Program Perkhidmatan Farmasi
- Dilution Guideline for Injectable Drugs (Part 1 - Antimicrobial)
- Badan Profesional Yang Mendaftarkan Ahli Farmasi Di Luar Negara Yang Diiktiraf Oleh Lembaga Farmasi Malaysia
- Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri
- Penempatan Selepas Tamat Latihan Siswazah Pegawai Farmasi Gred UF41 (Lantikan Kontrak) di KKM
Soalan Lazim berkaitan
Hubungi Kami
Lot 36, Jalan Universiti, 46200 Petaling Jaya, Selangor.
[ Peta Lokasi ]
Tel: 603-7841 3200
Faks: 603-7968 2222
Anda di sini
Formulari Ubat Kementerian Kesihatan Malaysia
Formulari Ubat KKM merupakan rujukan utama bagi senarai ubat-ubatan yang diguna pakai di institusi-institusi kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.
FUKKM adalah suatu pendekatan dasar dan pentadbiran untuk mengawal dan menggalakkan penggunaan ubat-ubatan secara rasional dan berkualiti di semua hospital, klinik dan institusi KKM. Dengan itu, perbelanjaan yang digunakan untuk perolehan ubat dapat dikawal dan peruntukan kewangan yang ada digunakan secara optimum.
FORMAT PENYENARAIAN DALAM FUKKM
FUKKM mengandungi maklumat nama ubat dalam generik (International Non-proprietary Name atau INN), kategori preskriber yang boleh memulakan preskripsi, dos, interaksi, indikasi, had penggunaan (jika ada) serta kesan advers.
Ubat-ubat dalam FUKKM disenaraikan mengikut nama generik. Penggunaan nama generik ketika menulis preskripsi adalah diwajibkan di semua hospital, klinik dan institusi KKM. Nama dagangan dalam FUKKM diberi hanya sebagai contoh/ panduan dan bukan bermakna jenama berkenaan mendapat kontrak KKM.
Kategori preskriber yang boleh memulakan preskripsi:
A* |
Pakar Perunding / Pakar bagi Indikasi yang Spesifik sahaja |
A | Pakar Perunding / Pakar |
A/KK |
Pakar Perunding / Pakar / Pakar Perubatan Keluarga |
B |
Pakar Perunding / Pakar / Pakar Perubatan Keluarga / Pegawai Perubatan |
C | Pakar Perunding / Pakar / Pakar Perubatan Keluarga / Pegawai Perubatan / Anggota Paramedik (Penolong Pegawai Perubatan/Jururawat Hospital atau Klinik) |
C+ |
Pakar Perunding / Pakar / Pakar Perubatan Keluarga / Pegawai Perubatan / Anggota Paramedik (Penolong Pegawai Perubatan/Jururawat Hospital atau Klinik) / Anggota Paramedik dalam Perbidanan (Jururawat Masyarakat) |
Bagi bidang pergigian, Pakar Perunding Kanan/Pakar Perunding serta Pegawai Perubatan Pergigian adalah termasuk dalam kategori preskriber seperti di atas namun hanya bagi ubat-ubatan yang digunakan dalam rawatan pergigian.
PROSEDUR PERMOHONAN CADANGAN PENYENARAIAN ATAU PEMANSUHAN KEPADA FUKKM
Keputusan Panel Kaji Semula Senarai Ubat KKM terhadap semua cadangan penyenaraian/pemansuhan akan diedarkan ke semua negeri/institusi KKM melalui Pekeliling Pindaan/Tambahan kepada FUKKM.
Sila rujuk garis panduan, Guidelines for Submission of Dossier for Listing Medicines into MOH Medicines Formulary sebagai rujukan panduan penyenaraian ubat-ubatan ke dalam FUKKM.
SEKRETARIAT
Sebarang pertanyaan berkaitan penyenaraian ubat ke dalam FUKKM, sila hubungi Cawangan Pengurusan Formulari, Bahagian Amalan & Perkembangan Farmasi, KKM melalui e-mel sekretariatfukkm@moh.gov.my.
Cadangan untuk mengemaskini maklumat ubat dalam FUKKM boleh dikemukakan dengan mengisi borang yang dilampirkan.
Lampiran | Saiz |
---|---|
![]() | 44 KB |
![]() | 861.33 KB |
- 122528 bacaan
Versi pencetak mesra pengguna
Hantar menerusi emel