Dokumen Permohonan Cuti Belajar

 

URUSAN CUTI BELAJAR BAGI PEGAWAI FARMASI DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

1.

Cuti Belajar (dalam Perintah Am Bab C 1974) disebut sebagai Cuti Berkursus bermakna cuti yang diluluskan oleh Kerajaan kepada seseorang pegawai bagi mengikuti kursus jangka sederhana dan kursus jangka panjang secara sepenuh masa, sama ada dengan biasiswa, tanpa biasiswa atau dengan tajaan persendirian. Dalam tempoh tersebut, pegawai dibenarkan meninggalkan tugas untuk berkursus dan tidak dikira putus perkhidmatan atau sebagai berhenti kerja. Cuti ini diberikan kepada pegawai untuk mengikuti kursus bagi pembangunan kompetensi dan bukan untuk kemajuan kerjaya di mana kelayakan yang diperolehi tidak melayakkan pegawai dilantik ke kumpulan perkhidmatan yang lebih tinggi.

2.

Kategori cuti belajar yang diluluskan bagi Pegawai Kategori Pengurusan dan Profesional (P&P) bagi skim perkhidmatan Pegawai Farmasi adalah seperti berikut: 

  1. Cuti belajar Bergaji Penuh (CBBP) Dengan / Tanpa Hadiah Latihan Persekutuan (HLP)
  2. Cuti Belajar Tanpa Gaji (CBTG)

3.

Pegawai hanya dibenarkan memohon bidang kursus yang telah tersenarai sahaja untuk pertimbangan Program Farmasi (Rujuk Lampiran Senarai Bidang Kursus Yang Ditawarkan bagi tahun semasa). 

4.

Permohonan naik taraf daripada Sarjana kepada Ph.D adalah tidak dibenarkan bagi pegawai yang sedang dalam pengajian. 

5.

Syarat-syarat tambahan, selain daripada yang dinyatakan di dalam Lampiran Syarat Cuti Belajar Program Farmasi adalah terpakai untuk semua jenis permohonan Cuti Belajar (CBBP Dengan HLP, CBBP Tanpa HLP, CBBP Tanpa HLP Dengan Tajaan Luar/ Biasiswa Asing dan CBTG). 

6.

Semua permohonan Cuti Belajar (CBBP Dengan HLP, CBBP Tanpa HLP, CBBP Tanpa HLP Dengan Tajaan Luar/ Biasiswa Asing dan Cuti Belajar Tanpa Gaji) perlu dipohon melalui iklan Tawaran A yang dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Latihan (BPL), Kementerian Kesihatan Malaysia.

7.

Pegawai dinasihatkan untuk mengemukakan dokumen yang lengkap semasa membuat permohonan. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan untuk proses selanjutnya.



 

 

Cuti Belajar Tanpa HLP Dengan Tajaan Luar /Biasiswa Asing     

  1. Bermula 1 Julai 2022, permohonan Cuti Belajar Tanpa HLP Dengan Tajaan Luar/ Biasiswa Asing diwajibkan menerusi iklan Tawaran A yang dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Latihan (BPL) secara dalam talian melalui sistem eHLP (http://ehlp.moh.gov.my) dan pemohon perlu lulus saringan temuduga yang dijalankan.
  2. Hanya permohonan bidang kursus yang tersenarai sahaja akan dipertimbangkan.
  3. Permohonan Cuti Belajar di bawah tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) perlu mendapat kelulusan daripada pihak BPL, KKM dan perlu mengikut senarai bidang kursus yang ditawarkan pada tahun semasa seperti yang telah ditetapkan oleh Program Perkhidmatan Farmasi.
  4. Pegawai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang pembayaran yuran dan lain-lain sebelum menerima surat kelulusan Cuti Belajar daripada pihak BPL, KKM. Sebarang pembayaran yang dibuat sebelum menerima surat kelulusan Cuti Belajar diterima adalah di bawah tanggung jawab dan risiko pegawai sendiri.

8.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan pegawai di Seksyen Pembangunan Profesion Berterusan, Bahagian Dasar & Perancangan Strategik Farmasi, KKM seperti berikut:

 a. Cik Azura binti Omar 

:

03 - 7841 3233

(azuraomar@moh.gov.my)

b. Cik Nur Ain binti A Rashid

:

03 - 7841 3678

(nurain.arashid@moh.gov.my)

 

Kemas kini 31 Oktober 2022

Kategori dokumen: 
Borang-borang