Credentialing Program Perkhidmatan Farmasi

Credentialing merupakan satu aktiviti yang diwujudkan oleh Program Perkhidmatan Farmasi untuk mengiktiraf dan mengenal pasti Pegawai Farmasi dan Penolong Pegawai Farmasi yang mempunyai kemahiran dalam sesuatu bidang farmasi.  Bidang kemahiran yang dimaksudkan meliputi bidang daripada Amalan Farmasi, Penguatkuasaan Farmasi dan Farmasi Regulatori.

Berkuatkuasa pada 1 Januari 2019, Jawatankuasa Credentialing Amalan Farmasi telah bersetuju untuk permohonan baharu dan pengekalan credentialing dibuka 2 kali setahun iaitu pada:

i) 1 Mac hingga 31 Mac
ii) 1 September hingga 30 September

 

Iklan bagi permohonan credentialing akan dibuka selama satu bulan di laman sesawang Program Perkhidmatan Farmasi (www.pharmacy.gov.my).

Modul Farmasi Klinikal yang Diiktiraf Untuk Credentialing

 

SENARAI BIDANG CREDENTIALING BAGI
PROGRAM PERKHIDMATAN FARMASI
(KEMASKINI 2 SEPTEMBER 2022)

AMALAN FARMASI

BIDANG UNTUK PEGAWAI FARMASI

  1. FARMAKOKINETIK KLINIKAL
  2. FARMASI GERIATRIK
  3. FARMASI KARDIOLOGI
  4. FARMASI NEFROLOGI
  5. FARMASI NUKLEAR
  6. FARMASI NUTRISI PARENTERAL
  7. FARMASI ONKOLOGI
  8. FARMASI PSIKIATRIK
  9. FARMASI RESPIRATORI
  10. FARMASI RVD
  11. FARMASI WAD (PEDIATRIK)
  12. FARMASI WAD (PENJAGAAN RAPI ICU)
  13. FARMASI WAD (PERUBATAN)
  14. MTAC DIABETES
  15. MTAC HEMOFILIA
  16. MTAC WARFARIN
  17. ANTIMICROBIAL STEWARDSHIP (FARMASI)
  18. FARMAKOTERAPI PENGURUSAN KESAKITAN

REGULATORI DAN PENGUATKUASAAN FARMASI

BIDANG UNTUK PENOLONG PEGAWAI FARMASI

  1. ANALISIS KIMIA FARMASEUTIKAL: TEKNIK KROMATOGRAFI

Syarat-syarat Permohonan Baharu & Pengekalan Pengiktirafan Credentialing bagi Pegawai Farmasi 

Syarat-syarat Permohonan Baharu Credentialing 

  1. Pegawai lantikan tetap Kementerian Kesihatan Malaysia.
  2. Berdaftar dengan Lembaga Farmasi Malaysia.
  3. Mempunyai sijil Pengekalan Amalan Tahunan (APC) Farmasi terkini.
  4. Telah menjalani latihan sangkutan di fasiliti yang telah dilantik oleh Program Perkhidmatan Farmasi, KKM dan lulus dengan jayanya ATAU telah dilantik sebagai preseptor oleh Program Farmasi, KKM.
  5. Telah memulakan/ menjalankan perkhidmatan dalam bidang yang dipohon selama sekurang-kurangnya satu (1) tahun dari tarikh tamat latihan sangkutan.
  6. Menyampaikan sekurang-kurangnya satu (1) ceramah/pembentangan/ penerbitan berkaitan bidang yang dipohon sekurang-kurangnya di peringkat fasiliti dalam tempoh satu (1) tahun selepas tamat Latihan Sangkutan.
  7. Borang Permohonan Baharu Credentialing perlu mendapat sokongan daripada Ketua Unit/setaraf dan Timbalan Pengarah Farmasi/ Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi)/ Ketua Jabatan Farmasi.
  8. Seorang pegawai hanya boleh memohon untuk maksimum dua (2) bidang pengiktirafan pada satu-satu masa.

 

Syarat-syarat Pengekalan Credentialing 

  1. Mempunyai Sijil Pengekalan Amalan Tahunan (APC) Farmasi terkini.
  2. Mempunyai Sijil Pengiktirafan Credentialing (pertama kali permohonan pengekalan) atau Sijil Pengekalan Credentialing (permohonan pengekalan kali kedua dan seterusnya).
  3. Masih menjalankan perkhidmatan dalam bidang yang dipohon.
  4. Menyampaikan sekurang-kurangnya satu (1) ceramah/pembentangan/penerbitan dalam tempoh tiga (3) tahun credentialing di mana-mana persidangan atau seminar sekurang-kurangnya di peringkat negeri.
  5. Mengemukakan dokumen sokongan tiga (3) tahun terkini bagi setiap aktiviti berkaitan bidang yang dipohon.
  6. Menghantar permohonan dalam jangkamasa 6 bulan sebelum tamat tempoh pengiktirafan
  7. Borang Pengekalan Credentialing perlu mendapat sokongan daripada Ketua Unit/setaraf dan Timbalan Pengarah Farmasi/ Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi)/ Ketua Jabatan Farmasi.

Nota:

  1. Pegawai farmasi yang sedang atau akan bercuti belajar pada tahun semasa, diminta untuk memohon pengiktirafan credentialing setelah tamat cuti belajar memandangkan terdapat kemungkinan pegawai tidak lagi ditempatkan bertugas di dalam bidang yang dipohon.
  2. Semua aktiviti ceramah/pembentangan/ penerbitan perlu mengemukakan sijil sebagai bukti.

Syarat-syarat Permohonan Baharu & Pengekalan Pengiktirafan Credentialing Bagi Penolong Pegawai Farmasi

Syarat-syarat Permohonan Baharu Credentialing :

  1. Pegawai lantikan tetap Kementerian Kesihatan Malaysia DAN berkhidmat sekurang-kurangnya tiga (3) tahun.
  2. Mempunyai Sijil Pembantu Farmasi/ Diploma Farmasi yang diiktiraf oleh kerajaan.
  3. Telah menjalani latihan sangkutan di fasiliti yang dilantik oleh Program Perkhidmatan Farmasi KKM dan lulus dengan jayanya ATAU telah dilantik sebagai preseptor oleh Program Perkhidmatan Farmasi.
  4. Telah memulakan/menjalankan perkhidmatan dalam bidang yang dipohon selama sekurang-kurangnya satu (1) tahun dari tarikh dari tarikh taman latihan sangkutan.
  5. Borang Permohonan Baharu Credentialing perlu mendapat sokongan daripada Ketua Unit/setaraf dan Timbalan Pengarah Farmasi/ Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi)/ Ketua Jabatan Farmasi.

Syarat-syarat Permohonan Pengekalan Credentialing :

  1. Masih menjalankan perkhidmatan dalam bidang yang dipohon.
  2. Mengemukakan dokumen sokongan tiga (3) tahun terkini bagi setiap aktiviti berkaitan bidang yang dipohon.
  3. Menghantar permohonan dalam jangkamasa 6 bulan sebelum tamat tempoh pengiktirafan.
  4. Borang Pengekalan Credentialing perlu mendapat sokongan daripada Ketua Unit/ setaraf dan Timbalan Pengarah Farmasi/ Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi)/ Ketua Jabatan Farmasi.

Nota:

Semua aktiviti ceramah/pembentangan/penerbitan perlu mengemukakan sijil sebagai bukti

Prosedur Permohonan

Permohonan baharu Pegawai Farmasi hendaklah dibuat dengan mengemukakan dokumen lengkap seperti yang berikut:

  1. Satu (1) salinan Borang Permohonan Credentialing 
  2. Satu (1) salinan Sijil Pengekalan Tahunan Ahli Farmasi
  3. Satu (1) salinan Sijil Latihan Sangkutan atau Surat Lantikan Preseptor
  4. Satu (1) salinan Laporan Kemajuan Selepas Latihan Sangkutan
  5. Satu (1) salinan sijil aktiviti ceramah/pembentangan/penerbitan 

Permohonan pengekalan Pegawai Farmasi hendaklah dibuat dengan mengemukakan dokumen-dokumen lengkap yang berikut:

  1. Satu (1) salinan Borang Pengekalan Credentialing 
  2. Satu (1) salinan Sijil Credentialing/Pengekalan Credentialing
  3. Satu (1) salinan sijil setiap aktiviti ceramah/pembentangan/penerbitan 

 

Permohonan baharu Penolong Pegawai Farmasi hendaklah dibuat dengan mengemukakan dokumen lengkap seperti yang berikut:

  1. Satu (1) salinan Borang Permohonan Credentialing 
  2. Satu (1) salinan Sijil Pembantu Farmasi/Diploma Farmasi yang diiktiraf oleh kerajaan
  3. Satu (1) salinan sijil post basik (sekiranya ada)
  4. Satu (1) salinan buku log latihan credentialing (jika perlu)
  5. Satu (1) salinan Laporan Kemajuan Selepas Latihan Sangkutan

Permohonan pengekalan Penolong Pegawai Farmasi hendaklah dibuat dengan mengemukakan dokumen lengkap seperti yang berikut:

  1. Satu (1) salinan Borang Pengekalan Credentialing
  2. Satu (1) salinan Sijil Credentialing/ Pengekalan Credentialing

Nota

Bagi pegawai yang telah mendapat pengiktirafan credentialing dan bertukar ke fasiliti lain dan masih menjalankan perkhidmatan dalam bidang yang dipohon, pegawai hendaklah memaklumkan kepada pihak sekretariat melalui surat atau e-mail berkaitan dengan pertukaran penempatan tersebut

     

    Semua dokumen permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar melalui Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi) kepada:

    Sekretariat Credentialing Program Perkhidmatan Farmasi KKM
    Bahagian Dasar & Perancangan Strategik Farmasi
    Lot 36, Jalan Prof Diraja Ungku Aziz,
    46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan

    (u.p.: Seksyen Pembangunan Profesion Berterusan)

    Tel.      : 03 – 78413200
    Faks     : 03 – 79682222

    Kategori dokumen: 
    Garis Panduan