- Panduan Umum Permohonan ePermit Import Dan Eksport Yang Dikeluarkan Oleh BPF, KKM
- Garis Panduan Perkhidmatan E-Pharmacy Dalam Online Healthcare Services
- Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Peraturan-peraturannya
- Senarai Premis Latihan Bagi Pegawai Farmasi Provisional (PRP)
- Formulari Ubat Kementerian Kesihatan Malaysia
Soalan Lazim berkaitan
Hubungi Kami
Lot 36,
Jalan Universiti (Jalan Prof Diraja Ungku Aziz),
46200 Petaling Jaya, Selangor.
[ Peta Lokasi ]
Tel: 603-7841 3200
Faks: 603-7968 2222
Anda di sini
Borang Permohonan 'Pre-submission Meeting' Formulari Ubat KKM (FUKKM)
PERMOHONAN 'PRE-SUBMISSION MEETING' FORMULARI UBAT KKM (FUKKM)
Sekretariat Panel Kaji Semula Senarai Ubat KKM telah mewujudkan proses kerja bagi permohonan Pre-submission Meeting oleh syarikat farmaseutikal selaras dengan penggunaan garis panduan ‘Guidelines for Submission of Dossier for Listing into the MOHMF’ yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM. Ia diwujudkan bagi memastikan perjumpaan dengan syarikat farmaseutikal bagi proses penyediaan dossier dijalankan secara telus dan sistematik serta konsisten dengan keperluan Good Governance of Medicine.
Berdasarkan proses kerja ini, pihak syarikat perlu memohon untuk mengadakan perjumpaan sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tarikh perjumpaan yang dicadangkan, dengan melengkapkan Borang Permohonan Pre-submission Meeting yang disediakan sebelum dihantar kepada Sekretariat FUKKM (sekretariatfukkm@moh.gov.my). Pihak sekretariat berhak untuk menerima atau menolak permohonan tersebut setelah melihat kepada keperluan perjumpaan. Komunikasi dengan pihak syarikat akan dilakukan melalui emel bagi pengesahan tarikh, masa dan tempat untuk perjumpaan.
Lampiran | Saiz |
---|---|
![]() | 182.29 KB |
![]() | 21.31 KB |
- 2332 bacaan