Borang Permohonan Memperolehi & Menggunakan Ubat Yang Memerlukan Kelulusan Khas Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia/ Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi

Perhatian: Borang ini adalah untuk permohonan oleh institusi-institusi di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Bagi permohonan oleh institusi swasta atau bukan di bawah KKM sila klik pautan ini.

 

Borang ini digunakan untuk memperolehi dan menggunakan ubat yang memerlukan kelulusan khas Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia/ Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi yang dikemaskini berdasarkan Garis Panduan Permohonan Memperolehi dan Menggunakan Ubat-ubatan Yang Memerlukan Kelulusan Khas Ketua Pengarah Kesihatan (KPK) / Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi (PKPF)  yang dikeluarkan pada Ogos 2016.

Berikut merupakan senarai borang-borang yang berkaitan dengan garis panduan tersebut:

  1. Borang Permohonan Memperoleh dan Menggunakan Ubat Kelulusan Khas Ketua Pengarah Kesihatan (KPK) / Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi (PKPF) Individu – Borang BPF/103-KPK01(Pindaan 4.0) 
  2. Borang Permohonan Memperoleh dan Menggunakan Ubat Kelulusan Khas Ketua Pengarah Kesihatan (KPK) / Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi (PKPF) Stok – Borang BPF/103-KPK01S
  3. Borang Keizinan Untuk Menjalani Rawatan dengan Ubat/Indikasi tidak berdaftar PBKD [BPF/103-KPK03]
  4. Format Laporan Justifikasi Permohonan Ubat Kelulusan Khas KPK / PKPF.
  5. Borang Pemonitoran Individu 
  6. Borang Senarai Semak Permohonan

Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada:

Bahagian Amalan & Perkembangan Farmasi,

Lot 36, Jalan Universiti,

46350 Petaling Jaya,

Selangor.

Kategori dokumen: 
Borang-borang