Banned Product (Senarai Produk Yang Diharamkan)

BANNED PRODUCT (SENARAI PRODUK YANG DIHARAMKAN)

Senarai Produk Yang Diharamkan (Banned Product) - dahulunya dikenali sebagai PharMel Blacklist adalah maklumat tambahan yang disediakan oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia. Senarai ini bertujuan untuk memberi maklumat kepada para peniaga, agensi penguatkuasa serta orang ramai berkaitan produk kesihatan, kosmetik dan produk makanan/minuman yang dicemari racun/ bahan kimia terlarang. Senarai ini juga mengandungi produk yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihtan Malaysia. Produk-produk tersebut dilarang penjualannya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.


Para pengguna diingatkan untuk sentiasa menyemak status pendaftaran produk kesihatan dan notifikasi kosmetik melalui laman web rasmi Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia. Senarai Banned Product ini harus digunakan hanya sebagai bahan rujukan tambahan.

Senarai Banned Product ini telah dikemaskini sehingga tarikh diterbitkan. Segala usaha telah dijalankan bagi memastikan maklumat yang disediakan adalah tepat. Kementerian Kesihatan Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan senarai Banned Product ini.

Sebarang salinan dan cetakan semula untuk tujuan komersil adalah dilarang dan hanya dibenarkan untuk tujuan rujukan.

 

Kategori dokumen: 
Bahan penerbitan
Fail-fail muat turun: 
LampiranSaiz
PDF icon Banned Product Edisi Julai 201811.76 MB