Credentialing Program Perkhidmatan Farmasi

Credentialing merupakan satu aktiviti yang diwujudkan oleh Program Perkhidmatan Farmasi untuk mengiktiraf dan mengenal pasti Pegawai Farmasi dan Penolong Pegawai Farmasi yang mempunyai kemahiran dalam sesuatu bidang farmasi.  Bidang kemahiran yang dimaksudkan meliputi bidang daripada Amalan Farmasi, Penguatkuasaan Farmasi dan Farmasi Regulatori.

Berkuatkuasa pada 1 Januari 2019, Jawatankuasa Credentialing Amalan Farmasi telah bersetuju untuk permohonan baharu dan pengekalan credentialing dibuka 2 kali setahun iaitu pada:

i)1 Mac hingga 31 Mac
ii)1 September hingga 30 September

 

Iklan bagi permohonan credentialing akan dibuka selama satu bulan di laman sesawang Program Perkhidmatan Farmasi (www.pharmacy.gov.my).

Modul Farmasi yang Diiktiraf Untuk Credentialing

 

 

 

 

SENARAI BIDANG CREDENTIALING BAGI
PROGRAM PERKHIDMATAN FARMASI
(KEMASKINI OGOS 2023)

 

 

PEGAWAI FARMASI

BIDANG AMALAN FARMASI

  1. FARMAKOKINETIK KLINIKAL
  2. FARMASI GERIATRIK
  3. FARMASI KARDIOLOGI
  4. FARMASI NEFROLOGI
  5. FARMASI NUKLEAR
  6. FARMASI NUTRISI PARENTERAL
  7. FARMASI ONKOLOGI
  8. FARMASI PSIKIATRIK
  9. FARMASI RESPIRATORI
  10. FARMASI RVD
  11. FARMASI WAD (PEDIATRIK)
  12. FARMASI WAD (PENJAGAAN RAPI ICU)
  13. FARMASI WAD (PERUBATAN)
  14. MTAC DIABETES
  15. MTAC HEMOFILIA
  16. MTAC WARFARIN
  17. ANTIMICROBIAL STEWARDSHIP (FARMASI)
  18. FARMAKOTERAPI PENGURUSAN KESAKITAN

BIDANG PENGUATKUASAAN FARMASI

  1. PERISIKAN JENAYAH FARMASEUTIKAL
  2. CYBER FIRST RESPONDER

PENOLONG PEGAWAI FARMASI

BIDANG AMALAN FARMASI

  1. PERKHIDMATAN SEDIAAN FARMASEUTIKAL STERIL 

BIDANG REGULATORI FARMASI

  1. ANALISIS KIMIA FARMASEUTIKAL: TEKNIK KROMATOGRAFI

 

Syarat-syarat Permohonan Baharu & Pengekalan Pengiktirafan Credentialing bagi Pegawai Farmasi 

Syarat-syarat Permohonan BAHARU Credentialing

  1. Pegawai lantikan tetap Kementerian Kesihatan Malaysia.
  2. Berdaftar dengan Lembaga Farmasi Malaysia.
  3. Mempunyai Sijil Tahunan Ahli Farmasi (AC) terkini.
  4. Telah menjalani latihan sangkutan di fasiliti yang telah dilantik oleh Program Perkhidmatan Farmasi, KKM dan lulus dengan jayanya ATAU telah dilantik sebagai preseptor oleh Program Farmasi, KKM. Hanya latihan sangkutan penuh yang diterima. Latihan echo tidak dipertimbangkan.
  5. Telah memulakan/ menjalankan perkhidmatan dalam bidang yang dipohon selama sekurang-kurangnya satu (1) tahun dari tarikh tamat Latihan Sangkutan.
  6. Menyampaikan sekurang-kurangnya satu (1) ceramah/ pembentangan/ penerbitan berkaitan bidang yang dipohon sekurang-kurangnya di peringkat fasiliti dalam tempoh satu (1) tahun selepas tamat Latihan Sangkutan.
  7. Pegawai perlu aktif setahun sebelum permohonan dengan menyampaikan sekurang-kurangnya satu (1) ceramah/ pembentangan/ penerbitan berkaitan bidang yang dipohon sekurang-kurangnya di peringkat fasiliti.
  8. Borang Permohonan Baharu Credentialing perlu mendapat sokongan daripada Ketua Unit/ setaraf dan Timbalan Pengarah Farmasi/ Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi)/ Ketua Jabatan Farmasi.
  9. Seorang pegawai hanya boleh memohon untuk maksimum dua (2) bidang pengiktirafan pada satu-satu masa.

Syarat-syarat Permohonan PENGEKALAN Credentialing 

  1. Mempunyai Sijil Tahunan Ahli Farmasi (AC) terkini.
  2. Mempunyai Sijil Pengiktirafan Credentialing (pertama kali permohonan pengekalan) atau Sijil Pengekalan Credentialing (permohonan pengekalan kali kedua dan seterusnya).
  3. Masih menjalankan perkhidmatan dalam bidang yang dipohon.
  4. Menyampaikan sekurang-kurangnya satu (1) ceramah/ pembentangan/ penerbitan dalam tempoh tiga (3) tahun credentialing di mana-mana persidangan atau seminar sekurang-kurangnya di peringkat negeri.
  5. Mengemukakan dokumen sokongan tiga (3) tahun terkini bagi setiap aktiviti berkaitan bidang yang dipohon.
  6. Menghantar permohonan dalam jangkamasa enam (6) bulan sebelum tamat tempoh pengiktirafan
  7. Borang Pengekalan Credentialing perlu mendapat sokongan daripada Ketua Unit/setaraf dan Timbalan Pengarah Farmasi/ Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi)/ Ketua Jabatan Farmasi.

Nota:

  1. Pegawai yang sedang atau akan bercuti belajar pada tahun semasa, diminta untuk memohon pengiktirafan credentialing setelah tamat cuti belajar memandangkan terdapat kemungkinan pegawai tidak lagi ditempatkan bertugas di dalam bidang yang dipohon.
  2. Semua aktiviti ceramah/ pembentangan/ penerbitan perlu mengemukakan sijil sebagai bukti.
  3. Pegawai tidak layak menuntut mata CPD bagi pengiktirafan Credentialing yang diterima.

Syarat-syarat Permohonan Baharu & Pengekalan Pengiktirafan Credentialing Bagi Penolong Pegawai Farmasi

 

A) Bidang Analisa Kimia Farmaseutikal : Teknik Kromatografi

Syarat-syarat Permohonan Baharu Credentialing :

  1. Terbuka kepada semua Penolong Pegawai Farmasi lantikan tetap di Bahagian Regulatori Farmasi Negara dan Bahagian Penguatkuasaan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia.
  2. Telah disahkan dalam perkhidmatan.
  3. Telah berkhidmat melebihi tiga (3) tahun di makmal-makmal yang menjalankan ujian penganalisaan menggunakan teknik kromatografi.
  4. Penilaian LNPT minimum 85% bagi tiga tahun berturut-turut.
  5. Telah menjalani latihan sangkutan di makmal yang dilantik dan lulus dengan jayanya.
  6. Telah memulakan/menjalankan perkhidmatan dalam bidang yang dipohon selama sekurang-kurangnya satu (1) tahun dari tarikh tamat latihan sangkutan.
  7. Mendapat sokongan daripada Ketua Seskyen/ Ketua Pusat dan Pengarah Bahagian Regulatori Farmasi Negara.

Syarat-syarat Permohonan Pengekalan Credentialing :

  1. Mempunyai Sijil Pengiktirafan Credentialing (pertama kali permohonan pengekalan) atau Sijil Pengekalan Credentialing (permohonan pengekalan kali kedua dan seterusnya).
  2. Masih menjalankan perkhidmatan dalam bidang yang dipohon dalam tempoh tiga (3) tahun. 
  3. Mengemukakan laporan tahunan sampel yang telah dianalisis minimum 50 sampel bagi 12 bulan.
  4. Menghantar permohonan dalam jangkamasa enam (6) bulan sebelum tamat tempoh pengiktirafan.
  5. Mendapat sokongan daripada Ketua Seskyen/ Ketua Pusat dan Pengarah Bahagian Regulatori Farmasi Negara.

Nota:

Semua aktiviti ceramah/pembentangan/penerbitan perlu mengemukakan sijil sebagai bukti.

B) Bidang Pengkhususan Farmaseutikal Steril

Syarat-syarat Permohonan Baharu Credentialing :

  1. Telah menamatkan kursus pos basik sediaan farmaseutikal dengan jayanya.
  2. Berkhidmat secara sepenuh masa sekurang-kurangnya satu (1) tahun atau berkhidmat secara separuh masa (atas panggilan) sekurang-kurangnya dua belas (12) kali dalam setahun (1 kali setiap bulan) dalam bidang yang dipohon dari tarikh tamat kursus pos basik.
  3. Menyampaikan sekurang-kurangnya satu (1) ceramah/ pembentangan berkaitan bidang yang dipohon dalam tempoh satu (1) tahun selepas tamat kursus pos basik.
  4. Mengemukakan salinan jadual tugasan di unit pengeluaran farmaseutikal steril (bagi yang bertugas secara separuh masa “atas panggilan”).
  5. Mendapat sokongan daripada Ketua Unit/ Ketua Jabatan dan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi).

Syarat-syarat Permohonan Pengekalan Credentialing :

  1. Mempunyai Sijil Pengiktirafan Credentialing (pertama kali permohonan pengekalan) atau Sijil Pengekalan Credentialing (permohonan pengekalan kali kedua dan seterusnya).
  2. Masih menjalankan perkhidmatan dalam bidang yang dipohon dalam tempoh tiga (3) tahun. 
  3. Menyampaikan sekurang-kurangnya satu (1) ceramah/ pembentangan setiap tahun untuk tempoh tiga (3) tahun credentialing sekurang-kurangnya di peringkat fasiliti.
  4. Mengemukakan dokumen sokongan termasuk jadual bertugas (bagi yang bertugas separuh masa) untuk tempoh tiga (3) tahun terkini bagi setiap aktiviti berkaitan bidang yang dipohon.
  5. Menghantar permohonan dalam jangkamasa 6 bulan sebelum tamat tempoh pengiktirafan.
  6. Mendapat sokongan daripada Ketua Unit/ Ketua Jabatan Farmasi dan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi).

Nota:

Semua aktiviti ceramah/pembentangan/penerbitan perlu mengemukakan sijil sebagai bukti.

Prosedur Permohonan

A) Permohonan BAHARU Pegawai Farmasi hendaklah dibuat dengan mengemukakan dokumen lengkap seperti yang berikut:

  1. Satu (1) salinan Borang Permohonan Credentialing 
  2. Satu (1) salinan Sijil Pengekalan Tahunan Ahli Farmasi
  3. Satu (1) salinan Sijil Latihan Sangkutan atau Surat Lantikan Preseptor
  4. Satu (1) salinan Laporan Kemajuan Selepas Latihan Sangkutan
  5. Satu (1) salinan sijil aktiviti ceramah/pembentangan/penerbitan 

B) Permohonan PENGEKALAN Pegawai Farmasi hendaklah dibuat dengan mengemukakan dokumen-dokumen lengkap yang berikut:

  1. Satu (1) salinan Borang Pengekalan Credentialing 
  2. Satu (1) salinan Sijil Credentialing/Pengekalan Credentialing
  3. Satu (1) salinan sijil setiap aktiviti ceramah/pembentangan/penerbitan 

C) Permohonan BAHARU Penolong Pegawai Farmasi hendaklah dibuat dengan mengemukakan dokumen lengkap seperti yang berikut:

  1. Satu (1) salinan Borang Permohonan Credentialing 
  2. Satu (1) salinan Sijil Pembantu Farmasi/Diploma Farmasi yang diiktiraf oleh kerajaan
  3. Satu (1) salinan sijil post basik (sekiranya ada)
  4. Satu (1) salinan buku log latihan credentialing (jika perlu)
  5. Satu (1) salinan Laporan Kemajuan Selepas Latihan Sangkutan

D) Permohonan PENGEKALAN Penolong Pegawai Farmasi hendaklah dibuat dengan mengemukakan dokumen lengkap seperti yang berikut:

  1. Satu (1) salinan Borang Pengekalan Credentialing
  2. Satu (1) salinan Sijil Credentialing/ Pengekalan Credentialing

 

 

Semua dokumen permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar melalui Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi) kepada:

Sekretariat Credentialing Program Perkhidmatan Farmasi KKM
Bahagian Dasar & Perancangan Strategik Farmasi
Lot 36, Jalan Prof Diraja Ungku Aziz,
46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan

(u.p.: Seksyen Pembangunan Profesion Berterusan)

Tel.      : 03 – 78413200
Faks     : 03 – 79682222

Kategori dokumen: 
Garis Panduan