PENGUMUMAN PENTING: PEMBAHARUAN LESEN/ PERMIT DI BAWAH AKTA RACUN 1952 BAGI TAHUN 2023

Kategori berita: 
Tarikh terbit: 
Jumaat, 30 September 2022

Salam Tuan/Puan,

a) Permohonan pembaharuan dalam sistem My.Pharma-C bagi semua lesen di bawah Akta Racun 1952 dan Permit Membeli dan Mengguna Natrium Hidroksida (NaOH) akan dibuka pada 1 Oktober 2022 sehingga 31 Disember 2022. Permohonan pembaharuan bagi lesen/permit berkuatkuasa 2023 hendaklah dihantar dalam tempoh yang ditetapkan dan pemohon hendaklah memastikan permohonan adalah lengkap. Segala dokumen sokongan terkini dan sah mesti dimuat naik ke dalam sistem bagi melengkapkan permohonan.

b) Permohonan pembaharuan lesen/ permit di bawah Akta Racun 1952 akan menggunakan menu pembaharuan lesen dalam sistem My.Pharma-C. Hanya maklumat-maklumat di bawah sahaja yang boleh dibuat pindaan melalui menu pembaharuan lesen dalam sistem My.Pharma-C. Berikut adalah pesanan penting yang perlu diambil perhatian semasa membuat permohonan pembaharuan lesen/ permit di bawah Akta Racun 1952.

Senarai tindakan yang mesti dibuat sebelum menghantar permohonan:

Bil

Butiran

Tindakan Mesti Dibuat

 

1.

Kemaskini alamat kediaman terkini

 

Kemaskini maklumat di menu profil terlebih dahulu sebelum menekan menu pembaharuan lesen/permit

 

2.

Kemaskini nombor Lesen Perniagaan

 

Kemaskini mesti dibuat semasa mengisi borang pembaharuan sebelum permohonan dihantar.

3.

Kemaskini nombor Sijil Amalan Tahunan Farmasi

4.

 

Kemaskini senarai racun bagi Lesen Jenis B

5.

 

Kemaskini kuantiti NaOH dan kegunaan

NaOH

 

c) Maklumat-maklumat lain tidak boleh dibuat pindaan menggunakan menu pembaharuan lesen dalam sistem My.Pharma-C. Sekiranya ada maklumat lain yang memerlukan pindaan untuk lesen/permit dengan tarikh kuatkuasa 2023 seperti pertukaran jenis lesen atau kategori lesen, perubahan alamat premis utama, perubahan butiran syarikat seperti nombor pendaftaran syarikat/nama syarikat/jenis syarikat atau perniagaan dan perubahan papan tanda premis serta pertukaran pemohon/pemegang lesen, pemohon perlu memohon dalam menu permohonan baru lesen/permit pada 1 Januari 2023 bagi lesen/permit berkuatkuasa tahun 2023.

 

Sekian, terima kasih.

Support Team

Sistem My.Pharma-C