TAWARAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) BAGI PENGAJIAN KURSUS SARJANA/PHD SESI 2018/2019

Kategori berita: 
Tarikh terbit: 
Isnin, 28 Ogos 2017

Untuk makluman, iklan tawaran Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) dengan HLP bagi pengajian sesi 2017/2018 telah dibuka secara online bermula 25 Ogos 2017 sehingga 18 September 2017. Syarat-syarat permohonan dan maklumat lengkap berkenaan tawaran ini boleh didapati di Bahagian Pengurusan Latihan, BPL Putrajaya KKM (http://latihan.moh.gov.my) atau di pautan (ehlp.moh.gov.my). Permohonan adalah secara ONLINE dan tuan/puan perlu mendaftar masuk untuk mengisi borang permohonan tersebut.

Program Farmasi telah menetapkan SYARAT-SYARAT TAMBAHAN (LAMPIRAN A) bagi permohonan HLP tersebut dan permohonan kursus perlu mengikut SENARAI KURSUS (LAMPIRAN B) seperti yang diunjurkan oleh program.

Nota:

  1. Calon yang memohon hendaklah menepati syarat-syarat tawaran DAN syarat tambahan Program Farmasi seperti yang telah ditetapkan:

Syarat-syarat Tambahan Cuti Belajar Program Farmasi bagi CBBP Tanpa HLP/ Cuti  Belajar Tanpa Gaji (CBTG):

  • Tempoh perkhidmatan GENAP 5 tahun dari tarikh lantikan sehingga tarikh tutup permohonan
  • Hanya kursus yang tersenarai yang telah ditetapkan oleh Program Farmasi sahaja layak dipertimbangkan. Kursus yang tiada dalam senarai boleh dipertimbangkan sekiranya boleh memberi faedah selaras dengan halatuju Institusi berkaitan atau Program Farmasi.
  • Tempat pengajian :
    • IPTA/ IPTS (dalam negara) dan IPT (luar negara)
    • Bagi kursus berkaitan dengan Farmasi Klinikal hanya IPT yang menawarkan Ijazah Pertama dalam Farmasi layak dipertimbangkan.
  • Permohonan mengikuti pengajian di peringkat PhD hanya akan dipertimbangkan bagi pemohon yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya untuk tempoh 8 tahun.
  • Tempoh Pelanjutan Cuti Belajar :
    • PhD: Maksimum 6 bulan
    • Sarjana: Maksimum 3 bulan  
  1. Calon diingatkan untuk memohon hanya bidang/kursus yang ditawarkan SAHAJA.
  2. Pastikan borang permohonan lengkap sebelum dihantar secara ONLINE kepada pihak BPL (Rujuk garis panduan).
  3. Dokumen tambahan yang WAJIB dilampirkan ialah:
  • Pelan Tindakan Selepas Tamat Pengajian (PTSTP)
  • Surat Aku Janji Cuti Belajar Program Farmasi yang telah ditandatangani
  • Bagi kursus dengan mod kerja kursus (coursework):
    • Rangka kursus (mod coursework)
  • Bagi kursus dengan mod penyelidikan:
    • Surat persetujuan daripada penyelia IPT bagi cadangan topik penyelidikan
    • Cadangan Kajian penyelidikan
  • Syarat kemasukan ke universiti yang dipohon
  • Salinan transkrip ijazah sarjana muda/sarjana
  1.  Borang permohonan lengkap ini beserta dokumen sokongan secara hardcopy  hendaklah dihantar kepada pihak BPL selewat-lewatnya sebelum atau pada 21 September 2017. Sebarang permohonan yang lewat diterima tidak akan dilayan.
  2. Permohonan anda dianggap tidak lengkap sekiranya tiada penghantaran dokumen hardcopy dibuat.

 

Sebarang pertanyaan atau masalah, mohon hubungi pihak urus setia:

Seksyen Pembangunan Profesion Berterusan Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik Farmasi:

Cik Masliana bt Awang (03-78413325/maslianaa@moh.gov.my)

Cik Noor Azmina binti Mat Daud (03-78413371/n.azmina@moh.gov.my)