PENGUMUMAN PENTING: PEMBAHARUAN LESEN/ PERMIT DI BAWAH AKTA RACUN 1952 BAGI TAHUN 2022

Kategori berita: 
Tarikh terbit: 
Khamis, 26 Ogos 2021

Permohonan pembaharuan dalam Sistem My.Pharma-C bagi semua lesen di bawah Akta Racun 1952 dan Permit Membeli dan Mengguna Natrium Hidroksida akan dibuka pada 1 Oktober 2021 sehingga 31 Disember 2021. Sila pastikan permohonan pembaharuan dihantar dalam tempoh yang ditetapkan sahaja. Segala dokumen sokongan terkini dan sah mesti dimuatnaik ke dalam permohonan pembaharuan untuk diproses.

 

Berikut adalah pesanan penting yang perlu diambil perhatian semasa membuat permohonan pembaharuan lesen/permit.

 

1. Senarai Tindakan yang Mesti Dibuat sebelum menghantar permohonan:

 

Bil

Butiran

Tindakan Mesti Dibuat

1

Kemaskini alamat kediaman terkini

Kemaskini di menu Profil terlebih dahulu sebelum menekan menu Pembaharuan Lesen/Permit

2.

Kemaskini nombor Lesen Perniagaan

Kemaskini mesti dibuat semasa mengisi borang pembaharuan sebelum permohonan dihantar.

3.

Kemaskini nombor Sijil Amalan Tahunan Farmasi

4.

Kemaskini nama papan tanda premis

5.

Kemaskini senarai racun bagi Lesen B

6.

Kemaskini kuantiti NaOH dan Kegunaan NaOH

 

2. Senarai Tindakan yang TIDAK BOLEH dibuat semasa Pembaharuan Lesen/Permit:

 

Bil

Butiran

Tindakan Tidak Boleh dibuat

1.

Tukar jenis lesen atau kategori lesen

Tidak boleh dibuat sewaktu pembaharuan lesen. Sila mohon Permohonan Baru pada Januari 2022.

2.

Tukar alamat premis utama

3.

Perubahan butiran syarikat seperti No. Pendaftaran Syarikat/Nama Syarikat/Jenis Syarikat atau Perniagaan

4.

Tukar pemohon/ pemegang lesen atau permit

 

Sekian, terima kasih.

 

Support Team

Sistem My.Pharma-C