Pelawaan Kemasukan Ke Laluan Kerjaya Pakar Bidang Khusus (Subject-Matter Expert-SME) Bagi Skim Pegawai Farmasi Di Kementerian Kesihatan Malaysia Di Bawah Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7 Tahun 2016

Kategori berita: 
Tarikh terbit: 
Jumaat, 25 Oktober 2019
Sumber: 
http://www.moh.gov.my/moh/resources/maklumat%20terkini/2019/LALUAN_KERJAYA_SME_FARMASI.pdf

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan meluaskan pelaksanaan urusan pemangkuan ke Laluan Kemajuan Kerjaya Pakar Bidang Khusus (Subject Matter Expert-SME) kepada Skim Pegawai Farmasi yang melibatkan tiga (3) sub bidang SME yang telah diluluskan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam (LKPPA). Pengkhususan bidang dan tahap SME tersebut adalah seperti berikut:

Bil

Skim

Bidang SME

Sub Bidang SME

Tahap

1

Pegawai Farmasi

Farmakoterapi

Antikoagulasi

4

Infectious Disease

4

Regulatori Farmasi

First in Human (FIH)/ First Dose in Human (FDIH)

4


Maklumat lanjut berkenaan pelawaan kemasukan ke laluan Kerjaya Pakar Bidang Khusus (Subject-Matter Expert-SME) boleh terus layari ke laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia

Semua permohonan yang telah lengkap bagi urusan pemangkuan tersebut hendaklah diperaku dan disahkan oleh Ketua Jabatan dan dikemukakan sebelum atau pada 15 November 2019 ke alamat berikut:

Setiausaha Bahagian
Bahagian Sumber Manusia
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 9, Blok E7, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 PUTRAJAYA
(u.p.: Puan Connie Remong)