Pengumuman Mengenai Pengimportan & Pengeksportan Alpha-Phenylacetoacetonitrile (APAAN), Pengimportan Fosforus dan Pengimportan Nikotin

Kategori berita: 
Tarikh terbit: 
Rabu, 25 Mei 2016
Sumber: 
Perintah Kastam (Larangan Mengenai ) (Pindaan) 2016 dan Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) (Pindaan) 2016
Penggunaan e-Permit bagi Pengimportan & Pengeksportan Alpha-Phenylacetoacetonitrile (APAAN), Pengimportan Fosforus dan Pengimportan Nikotin

Sila ambil maklum bahawa berkuatkuasa pada 1 Jun 2016, setiap :

  1. pengimportan & pengeksportan Alpha-Phenylacetoacetonitrile (APAAN),
  2. pengimportan Fosforus dan
  3. pengimportan Nikotin
     

memerlukan kelulusan e-PERMIT di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) dan Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport- APAAN sahaja).

Permohonan dan kelulusan permit import/eksport adalah secara atas talian (online) sepenuhnya dan berkonsepkan tanpa kertas (paperless) melalui laman sesawang iaitu http://epermit.dagangnet.com. Bagi memohon e-PERMIT, syarikat perlu berdaftar dan mendapatkan akses dengan menghubungi:

          Dagang Net Technologies Sdn Bhd.
          Tower 3, Avenue 5, The Horizon,
          Bangsar South, No 8, Jalan Kerinchi,
          59200, Kuala Lumpur.
          Tel: 1 300 133 133
          Emel: careline@dagangnet.com / info@dagangnet.com

                              Senarai Item Yang Memerlukan E-Permit 

Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport)(Pindaan)2016 P.U (A) 125
Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import)(Pindaan) 2016 P.U (A) 124

BIL

ITEM

KOD HS

1

Nicotine and its salts

2939.99 000

2

Essential oils containing nicotine

33.01

3

Preparations containing nicotine, in the form of tablets and chewing gum intended to assist smokers to stop smoking

2106.90 990

4

Preparations containing nicotine, in the form of patches (transdermal systems) intended to assist smokers to stop smoking

3824.90 900

5

Mixture and preparation whether or not containing tobacco extract or essence, nicotine, aromatic oil, flavouring etc. of a kind use for vaporizer smoking

3824.90 900

6

Phosphorus

2804.70 000

7

Hypophosphoric acid [diphosphoric (IV) acid [H4P2O6] and its salt

2809.20 110

8

Alpha-Phenylacetoacetonitrile (APAAN)

2926.90 000

Catatan: Panduan memohon ePermit boleh didapati di laman sesawang BPF, KKM www.pharmacy.gov.my -
Garis Panduan Umum Permohonan ePermit Import Dan Eksport Yang Dikeluarkan Oleh BPF, KKM

Sebarang pertanyaan sila hubungi;

Cawangan Pelesenan
Bahagian Penguatkuasaan Farmasi
Kementerian Kesihatan Malaysia
Tel: 03-7841 3200
Faks: 03-7968 2251/2222
Emel:
 pelesenanbpf@moh.gov.my