Permohonan Cuti Belajar Tanpa Hadiah Latihan Persekutuan

Kandungan ini dalam proses pantauan dan BELUM dipaparkan kepada umum.
Kategori berita: 
Tarikh terbit: 
Rabu, 3 Jun 2015

Sila ambil perhatian bahawa Bahagian Pengurusan Latihan (BPL), KKM telah melaksanakan pindaan terhadap garis panduan Permohonan Cuti Belajar Tanpa Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) bagi semua permohonan mengikuti cuti belajar tanpa HLP bagi tahun 2016. Antara pindaan yang terlibat adalah permohonan cuti belajar tanpa HLP bagi tahun 2016 akan ditawarkan secara IKLAN bermula 1 Jun 2015 sehingga 30 Jun 2015 (1 bulan).

Dengan berkuatkasanya pindaan ini, maka semua permohonan anggota KKM untuk mengikuti cuti belajar tanpa HLP bagi tahun 2016 tidak lagi dibuka sepanjang tahun dan perlu dipohon dalam tempoh yang ditawarkan menerusi iklan tersebut.

Sebagai maklumat tambahan, Program Farmasi telah ditetapkan SYARAT-SYARAT TAMBAHAN (LAMPIRAN A) bagi permohonan cuti belajar tersebut dan permohonan kursus perlu mengikuti SENARAI KURSUS (LAMPIRAN B) yang diunjurkan oleh Bahagian ini.

Sehubungan itu, setiap pegawai yang inign memohon Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) tanpa HLP atau Cuti Belajar Tanpa Gaji (CBTG) perlu melengkapkan dokumen yang diperlukan dan dihantar ke BPL sebelum 30 Jun 2015. Sebarang permohonan yang lewat diterima tidak akan dilayan.

Maklumat lanjut berkenaan tawaran ini beserta dengan Garis Panduan Tatacara Permohonan Kemudahan Cuti Belajar Tanpa Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) bagi Anggota KKM boleh diperoleh melalui Portal Bahagian Pengurusan Latihan (BPL), KKM di http://latihan.moh.gov.my