PERMOHONAN ATAS TALIAN (ONLINE) BAGI SIJIL-SIJIL DI BAWAH LEMBAGA FARMASI MALAYSIA (LFM)

Kategori berita: 
Tarikh terbit: 
Jumaat, 23 March 2018

Dimaklumkan bermula dari 15 April 2018 sehingga 1 Mei 2018, satu tempoh pembekuan (freezing period) bagi pemprosesan  permohonan bagi sijil-sijil seperti di bawah akan dilaksanakan sebagai langkah persediaan bagi pelancaran Pharmacist Registration Management System (PRiSMA) (sistem atas talian (online) untuk mengemukakan permohonan bagi sijil-sijil di bawah Lembaga Farmasi Malaysia (LFM)):

  1. Sijil Tahunan Ahli Farmasi *
  2. Sijij Pendaftaran Penuh Ahli Farmasi
  3. Sijil Pendaftaran Bersyarat
  4. Sijil Pendaftaran Sementara
  5. Sijil Tahunan Pertubuhan Perbadanan
  6. Sijil Pendaftaran Pertubuhan Perbadanan

Sehubungan itu, mana-mana permohonan yang diterima pada dan selepas 15 April 2018 akan dipulangkan semula kepada pemohon serta merta bersama-sama wang pos/deraf bank.

Kesemua permohonan dijangka boleh dikemukakan secara atas talian (online) melalui sistem PRiSMA bermula dari 2 Mei 2018

Untuk maklumat terkini sila layari www.pharmacy.gov.my untuk makluman berkaitan PRiSMA dari masa ke semasa.

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi :

  1. Encik Dzafarullah Daud - 0378413288 (dzafarullah@moh.gov.my)
  2. Puan Datcayani Ramado - 0378413276 (datcayani@moh.gov.my) - sijil tahunan ahli farmasi
  3. Puan Hanisah Shafie - 0378413383 (hanisah.shafie@moh.gov.my) - Pendaftaran provisional
  4. Encik Ahmad Farhan Paiman - 0378413246 (farhanpaiman@moh.gov.my) - Pendaftaran penuh, pendaftaran sementara, pendaftaran pertubuhan perbadanan, sijil tahunan pertubuhan perbadanan.

*Tempoh pembekuan Permohonan Sijil Tahunan Bagi tahun 2019 (AC 2019) adalah bermula dari 1 Januari 2018 sehingga 1 Mei 2018.