Tawaran Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Bagi Pengajian Kursus Sarjana/Phd Sesi 2016/2017

Kategori berita: 
Tarikh terbit: 
Khamis, 23 Julai 2015

Sila ambil perhatian. Iklan tawaran Cuti Belajar Bergaji Penuh dengan HLP bagi pengajian sesi 2016/2017 telah dibuka bermula 30 Jun 2015 sehingga 31 Julai 2015. Syarat-syarat permohonan dan maklumat lengkap berkenaan tawaran ini boleh didapati di Laman Web Rasmi KKM (www.moh.gov.my), Bahagian Pengurusan Latihan, BPL (http://latihan.moh.gov.my) atau di pautan (http://e-hlp.moh.gov.my). Permohonan adalah secara ONLINE dan tuan/puan perlu mendaftar masuk untuk mengisi borang permohonan tersebut.

Sebagai maklumat tambahan, Program Farmasi telah menetapkan SYARAT-SYARAT TAMBAHAN (LAMPIRAN A) bagi permohonan HLP tersebut dan permohonan kursus perlu mengikut SENARAI KURSUS (LAMPIRAN B) yang diunjurkan oleh Bahagian ini.

Nota:

  1. Calon yang memohon hendaklah menepati syarat-syarat tawaran DAN syarat tambahan BPF seperti yang telah ditetapkan.
  2. Calon diingatkan untuk memohon hanya bidang/ kursus yang ditawarkan sahaja.
  3. Pastikan borang permohonan lengkap sebelum dihantar secara EMAIL kepada pihak BPL (Rujuk borang permohonan)
  4. Borang permohonan lengkap ini hendaklah dihantar kepada pihak BPL selewat-lewatnya sebelum atau pada 31 Julai 2015. Sebarang permohonan yang lewat diterima tidak akan dilayan.