Penghantaran Borang Permohonan Ke Bahagian Penguatkuasaan Farmasi Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

Kategori berita: 
Tarikh terbit: 
Rabu, 18 March 2020
Sumber: 
Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia

PENGHANTARAN BORANG PERMOHONAN KE BAHAGIAN PENGUATKUASAAN FARMASI SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

 

Semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, TIADA sebarang urusan penerimaan permohonan, pertanyaan dan pengambilan dokumen boleh dibuat melalui kaunter.

 

Semua permohonan yang ingin dihantar ke Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia boleh dibuat melalui kaedah berikut :

 

a) Bagi permohonan seperti di bawah, permohonan boleh dibuat melalui :

  1. Pos kepada Pengarah, Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia; atau
  2. E-mel dan disusuli dengan penghantaran salinan permohonan kepada Pengarah, Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia secara pos.

 

Bil Jenis Permohonan Alamat E-mel Alamat Pos
1 Lesen Borong Dadah Berbahaya / Kebenaran Import Test Kit sitinoralina@moh.gov.my

Pengarah,

Bahagian Penguatkuasaan Farmasi,

Lot 36, Jalan Universiti,

46200 Petaling Jaya,

Selangor Darul Ehsan.

2 Kebenaran Import / Eksport Dadah Berbahaya bahirah@moh.gov.my
3 Kebenaran Import / Eksport Bahan Psikotropik ros.aimi@moh.gov.my
4 Rayuan Pengimportan suriana_hanim@moh.gov.my
5 Kebenaran Eksport Sediaan Mengandungi Dextromethorphan mruzaini@moh.gov.my
6 Permohonan Anggaran Keperluan (Kouta) Tahunan Substans Terkawal Untuk Pengimportan pelesenanbpf@moh.gov.my

 

b) Sijil Kelulusan Lembaga Iklan Ubat (LIU)

 

Semua permohonan Sijil Kelulusan Lembaga Iklan Ubat yang lengkap beserta dokumen sokongan lengkap & bayaran boleh dikemukakan melalui POS  kepada :

 

               Lembaga Iklan Ubat,

               Lot 36 , Jalan Universiti,

               46200 Petaling Jaya,

               Selangor Darul Ehsan.

 

Sebarang pertanyaan mengenai status permohonan boleh hubungi no 03-7841 3225 / 3385 / 3224 @ e-mel kepada liu@moh.gov.my