Soalan Lazim berkaitan
Hubungi Kami
Lot 36, Jalan Universiti, 46200 Petaling Jaya, Selangor.
[ Peta Lokasi ]
Tel: 603-7841 3200
Faks: 603-7968 2222
Anda di sini
Pertandingan Multimedia ‘Quality Use Of Medicines For Consumers’
Bahagian Perkhidmatan Farmasi akan menganjurkan Pertandingan Multimedia ‘Quality Use Of Medicines For Consumers’. Secara umumnya penganjuran pertandingan ini bertujuan untuk menghasilkan bahan pendidikan dalam bentuk multimedia dalam usaha menyebarkan maklumat ubat-ubatan kepada orang awam. Bahan pendidikan untuk pengguna ini akan dimuatnaik ke lawan sesawang ‘Kenali Ubat Anda’ (www.knowyourmedicine.gov.my.), peranti elektronik dan disebarkan melalui alat pandang dengar di ruang menunggu farmasi. Selain itu ia akan digunakan semasa kempen kenali ubat anda yang dijalankan kepada orang awam.
Objektif
- Menghasilkan bahan pendidikan dalam bentuk multimedia yang menarik untuk pengguna dan akan disebarkan kepada orang awam melalui teknologi terkini selari dengan peredaran masa.
- Memperluaskan sebaran maklumat ubat-ubatan dan meningkatkan akses untuk orang awam mendapatkan maklumat ubat-ubatan melalui laman sesawang, peranti elektronik dan alat pandang dengar.
- Menggalakkan dan memperkembangkan bakat serta kreativiti pegawai farmasi di sektor awam dalam menyampaikan informasi ubat-ubatan kepada orang awam.
Skop tajuk pertandingan
Isi kandungan adalah maklumat ubat-ubatan untuk ORANG AWAM :
- Perkara-perkara berkaitan ‘Kempen Kenali Ubat Anda’ : fokus konsep 5B
- Keselamatan Pengubatan (Medication Safety).
- Kerintangan Antibiotik.
- Promosi penggunaan ubat generik.
- Kerjaya ahli farmasi.
Syarat- syarat pertandingan :
- Pertandingan ini terbuka kepada semua anggota farmasi sektor awam Kementerian Kesihatan Malaysia.
- Pertandingan boleh disertai secara individu atau berkumpulan.
- Tajuk multimedia kreatif mestilah mengikut skop tajuk pertandingan seperti di atas.
- Karya multimedia adalah untuk pendidikan pengguna dan bukan untuk golongan professional kesihatan. (Cth: Doktor, Jururawat dll)
- Karya multimedia ini mestilah berbentuk audio dan visual (tayangan video, animasi, dan lain-lain).
- Tempoh persembahan:
- Minimum : 1 minit
- Maksimum : 5 minit
- Format penyerahan karya multimedia adalah dalam bentuk fail; wmv
- Penilaian adalah berdasarkan:
- Pengisian (Content)
- Kreativiti
- Ketulenan idea (Originality)
- Peserta yang berminat dikehendaki mengisi borang penyertaan secara lengkap dan menghantar karya multimedia dalam bentuk DVD
- Tiada had bilangan penyertaan, walau bagaimanapun hanya 3 hadiah sahaja diperuntukan dalam pertandingan ini.
- Tarikh tutup pertandingan: 31 Mei 2013
Pengadilan :
- Panel pengadil dilantik daripada Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM, Bahagian Pendidikan Kesihatan KKM dan Pensyarah Institut Pengajian Tinggi Awam/ Swasta dan wakil dari orang awam (duta kenali ubat anda).
- Kriteria yang akan diambil kira untuk pengadilan adalah seperti berikut:
- Kreativiti dalam menghasilkan projek (30%)
- Isi kandungan projek (30%)
- Inovasi (10%)
- Markah Bonus akan diberikan sekiranya terdapat kriteria seperti berikut:
- Keberkesanan & pemahaman isi kandungan (15%)
- Kualiti dalam aspek teknikal, rekabentuk dan struktur. (10%)
- Teknik persembahan (5%)
Hadiah :
- Tempat Pertama : RM 2,000.00 dan sijil penghargaan
- Tempat Kedua : RM 1,000.00 dan sijil penghargaan
- Tempat Ketiga : RM 700.00 dan sijil penghargaan
Penyerahan Hasil Karya :
Peserta hendaklah menghantar karya multimedia dalam bentuk DVD dan dihantar ke alamat:
Bahagian Perkhidmatan FarmasiKementerian Kesihatan Malaysia
Lot 36, Jalan Universiti
46350 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan.
Setiap penyertaan juga perlu dilengkapi dengan penghantaran Borang Penyertaan dan Akujanji Karya Asli yang lengkap.
Muat turun
- 2979 bacaan