Penggunaan Buku Log Baharu Latihan Ahli Farmasi Provisional (PRP) di Sektor Awam

Kategori berita: 
Tarikh terbit: 
Khamis, 13 Julai 2017

Untuk Makluman, Ahli Farmasi Provisional (PRP) ambilan 1 Ogos 2017 dan seterusnya akan menggunapakai buku log yang baharu. Buku log baharu [dan borang penilaian (appraisal form)] boleh dimuat turun daripada laman sesawang www.pharmacy.gov.my (di bawah kategori penerbitan). 

Mesyuarat LFM bil ke-113 juga telah memutuskan bahawa latihan TDM, TPN dan CDR adalah optional dan tidak wajib. Sekiranya perkhidmatan ini tiada di hospital terbabit, PRP tidak perlu menjalani latihan-latihan ini. Sekiranya perkhidmatan-perkhidmatan ini ada disediakan di hospital terbabit, PRP juga boleh memilih untuk tidak menjalani ketiga-tiga latihan atau memilih salah satu perkhidmatan sahaja.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, mohon hubungi pihak urusetia:  

i)             Puan Hanisah binti Shafie

                hanisah.shafie@moh.gov.my

                03-7841 3383

ii)            Puan Fuziah binti Abdul Rashid

               fuziah_arashid@moh.gov.my

               03-7841 3288

Fail-fail muat turun: