Tawaran Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Bagi Pengajian Sarjana/Phd Sesi 2015/2016

Kategori berita: 
Tarikh terbit: 
Rabu, 11 Jun 2014
Sumber: 
Bahagian Pengurusan Latihan KKM

 

  1. Calon yang memohon hendaklah menepati syarat-syarat tawaran DAN syarat tambahan BPF seperti yang telah ditetapkan.
  2. Calon diingatkan untuk memohon hanya bidang/ kursus yang ditawarkan sahaja.
  3. Borang permohonan lengkap ini hendaklah dihantar kepada pihak BPF selewat-lewatnya sebelum atau pada 22 Ogos 2014 (Jumaat).

NOTA:

  1. Pemohon hendaklah mengisi lengkap borang permohonan beserta lampiran yang diperlukan.
  2. Panduan mengisi borang dan syarat-syarat tambahan permohonan cuti belajar boleh diakses melalui Portal BPF pada menu "Profesion".
  3. Pastikan Ketua Jabatan dan Ketua Profesion tanda tangan di tempat yang betul sebelum hantar borang permohonan.