HEBAHAN PELAWAAN TAWARAN KEMUDAHAN CUTI BELAJAR DENGAN/ TANPA BIASISWA HLP BAGI MENGIKUTI KURSUS DALAM PERKHIDMATAN SESI 2019/2020

Kategori berita: 
Tarikh terbit: 
Rabu, 11 Julai 2018

PENGUMUMAN TAWARAN KEMUDAHAN CUTI BELAJAR DENGAN / TANPA BIASISWA HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) BAGI MENGIKUTI KURSUS DALAM PERKHIDMATAN KEPADA PEGAWAI-PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL (P&P) DAN KUMPULAN PELAKSANA BAGI KATEGORI BUKAN GUNASAMA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA SECARA SEPENUH MASA SESI 2019 / 2020 SEPERTI TAWARAN BERIKUT:

 

A. KURSUS SARJANA/ DOKTOR FALSAFAH/ AREA OF SPECIAL INTEREST;

B. KURSUS SARJANA PERUBATAN BAGI PEGAWAI PERUBATAN;

C. KURSUS SUBKEPAKARAN BAGI PEGAWAI PERUBATAN PAKAR; DAN

D. KURSUS LALUAN PARALLEL BAGI PEGAWAI PERUBATAN

E. KURSUS DIPLOMA / IJAZAH SARJANA MUDA BAGI KUMPULAN PELAKSANA.

Sukacita dimaklumkan Kementerian Kesihatan Malaysia mempelawa Pegawai-Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Bukan Gunasama) dan kumpulan pelaksana untuk mengikuti kursus di peringkat Diploma, Ijazah, Sarjana, Doktor Falsafah dan Area of Special Interest, Sarjana Perubatan dan Subkepakaran dengan / tanpa Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) bagi sesi 2019 / 2020.

Program Perkhidmatan Farmasi telah menetapkan SYARAT & POLISI TAMBAHAN (LAMPIRAN A) bagi permohonan cuti belajar.

Pemilihan kursus bagi CBBP dengan HLP adalah seperti di LAMPIRAN B manakala CBBP Tanpa HLP/CBTG adalah seperti di LAMPIRAN C selaras dengan pelan strategik Program Perkhidmatan Farmasi.

Bagi Pegawai Farmasi yang telah mendapat tawaran tajaan/biasiswa luar (selain HLP), permohonan pegawai boleh dihantar sepanjang tahun dengan syarat perlu mengemukakan salinan tawaran universiti DAN tawaran tajaan/biasiswa tersebut. Pemilihan kursus adalah juga tertakluk seperti di LAMPIRAN C.

Permohonan cuti belajar perlu dibuat secara atas talian melalui sistem eHLP di pautan http://ehlp.moh.gov.my mulai 11 Julai 2018 (Rabu) pukul 3.00 petang. Syarat-syarat permohonan dan maklumat lengkap mengenai tawaran ini juga boleh didapati menerusi pautan yang sama.

Nota:

  1. Calon yang memohon cuti belajar hendaklah menepati syarat-syarat asas tawaran DAN syarat Program Farmasi seperti yang telah ditetapkan.
  1. Tawaran kemudahan CBBP dengan HLP hanya ditawarkan di dalam negara sahaja.
  1. Permohonan lengkap perlu dihantar secara HARDCOPY kepada pihak BPL, KKM mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Sebarang permohonan yang melewati tarikh yang telah ditetapkan, TIDAK AKAN DILAYAN (Rujuk pautan).
  1. Dokumen tambahan yang WAJIB  dilampirkan bagi semua permohonan cuti belajar adalah:
  • Pelan Tindakan Selepas Tamat Pengajian (PTSTP)
  • Surat Aku Janji Cuti Belajar Program Farmasi yang telah ditandatangani
  • Bagi kursus dengan mod kerja kursus (coursework):
    • Rangka kursus
  • Bagi kursus dengan mod penyelidikan:
    •  Surat persetujuan daripada penyelia IPT bagi cadangan topik penyelidikan
    • Cadangan Kajian penyelidikan (research proposal)
  • Syarat kemasukan ke universiti yang dipohon
  • Salinan transkrip ijazah sarjana muda/sarjana
  • Surat tawaran universiti (bagi permohonan dengan tajaan luar selain HLP)
  1. Permohonan anda dianggap tidak lengkap sekiranya tiada penghantaran dokumen hardcopy dibuat.

 

Sebarang pertanyaan boleh hubungi pegawai berkenaan:
Seksyen Pembangunan Profesion Berterusan,
Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik Farmasi:
 
Cik Masliana bt Awang : 03-78413325
(maslianaa@moh.gov.my)
Cik Noor Azmina binti Mat Daud : 03-78413371
(n.azmina@moh.gov.my)