Sterile Pharmaceutical Services Virtual Seminar: A Learning Curve Redefined

Kategori berita: 
Tarikh terbit: 
Selasa, 7 September 2021

Sterile Pharmaceutical Services Virtual Seminar: A Learning Curve Redefined pada 27 dan 28 September 2021 anjuran Bahagian Amalan dan Perkembangan Farmasi KKM dengan kerjasama Bahagian Dasar & Perancangan Strategik Farmasi, KKM. Seminar ini dilaksanakan secara maya bagi mematuhi saranan kerajaan dan SOP yang telah ditetapkan.

Tema seminar ini adalah Broaden Your Perspectives, Serving Beyond Expectation di mana anggota farmasi disarankan untuk sentiasa komited dalam pembelajaran berterusan bagi memberikan perkhidmatan kesihatan yang unggul kepada rakyat.

Seminar ini akan dihadiri oleh pegawai farmasi dan penolong pegawai farmasi dari fasiliti-fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia daripada seluruh Malaysia dengan anggaran sebanyak 330 peserta, khususnya anggota farmasi yang terlibat dalam perkhidmatan farmaseutikal steril iaitu Perkhidmatan Nutrisi Parenteral (PN), Perkhidmatan Farmasi Onkologi serta Perkhidmatan Farmasi Nuklear.

Objektif seminar ini adalah untuk :

  1. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam teknik aseptik
  2. Mempertingkatkan pemahaman tentang amalan dan keperluan fasiliti bagi penyediaan farmaseutikal steril
  3. Memantapkan pengetahuan dalam amalan klinikal dan penjagaan farmaseutikal berkaitan sediaan farmaseutikal steril