Amaran Penggunaan Produk Ubat Tradisional yang Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

Kategori berita: 
Tarikh terbit: 
Khamis, 4 Julai 2013

Orang awam dinasihatkan supaya tidak membeli dan menggunakan produk ubat tradisional berikut: 

Ubat Tradisional Dikesan Mengandungi Racun Berjadual
Bil. Nama Produk Racun Berjadual yang Dikesan Nama Pengilang
“MONTALIN” Jamu Pegal Linu dan Asam Urat Piroxicam dan Paracetamol PJ. AIR MADU MAGELANG- INDONESIA POM TR. NO. 053348358
Orange capsules accompanied with Chinese leaflet titled “百合保健素" (Bai He Bao Jian Su) Betamethasone valerate, Chlormethiazole, Chlorpheniramine, Famotidine, Frusemide dan Piroxicam Tiada maklumat

 

Amaran mengenai penggunaan kedua-dua produk diatas telah dikeluarkan oleh pihak Health Sciences Authority (HSA) Singapura pada 24 Jun 2013. Pihak HSA telah mengesan racun berjadual di dalam kedua-dua produk tersebut susulan dari aduan yang diterima daripada seorang doktor yang merawat pesakit terlibat dan juga orang awam yang bimbang akan keselamatan ubat tradisional yang dijual di pasaran. Pesakit yang mengambil produk “MONTALIN” Jamu Pegal Linu dan Asam Urat telah mengalami kesan muka dan anggota badan membengkak, penambahan berat badan dan peningkatan paras gula dalam darah yang mendadak.

Kedua-dua produk di atas adalah tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), Malaysia. Sehingga kini, tiada aduan atau sebarang laporan kesan advers dilaporkan berkaitan penggunaan produk ini. Jika ada orang awam yang menggunakan produk “MONTALIN” Jamu Pegal Linu dan Asam Urat, mereka adalah dinasihatkan untuk berhenti menggunakannya dengan serta merta. Orang awam yang sedang menggunakan produk  “百合保健素" (Bai He Bao Jian Su) adalah dinasihatkan supaya SEGERA mendapatkan nasihat dan rawatan dari profesional kesihatan.

Orang awam adalah dinasihatkan untuk tidak membeli produk-produk tradisional yang tidak berdaftar dengan PBKD kerana tidak terjamin kualiti dan keselamatannya. Orang awam juga boleh menyemak status pendaftaran sesuatu produk dengan menghubungi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) di talian 03-7883 5400 atau melayari laman sesawang www.bpfk.gov.my. Sekiranya terdapat produk tidak berdaftar dalam pasaran, orang ramai digalakkan untuk membuat laporan kepada Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia melalui talian 03-7841 3200 atau mana-mana Cawangan Penguatkuasa Farmasi yang berdekatan atau e-mel kepada pharmacy1@moh.gov.my.

DATO’ EISAH BINTI A. RAHMAN
Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi
Kementerian Kesihatan Malaysia