Abstrak Pembentangan Poster Sempena Persidangan Kebangsaan Penggunaan Ubat Berkualiti Kali Pertama 2013

Kategori berita: 
Tarikh terbit: 
Rabu, 3 April 2013

Abstrak bagi pembentangan poster boleh dikemukakan mengikut tema berikut:

  • Home Medication Review
  • Farmakoekonomik
  • Kerintangan antimikrobial
  • Dasar Ubat Nasional
  • Penguatkuasaan Farmasi
  • Ubat Generik
  • Keselamatan Pengubatan
Tarikh tutup penghantaran abstrak adalah pada 1hb Mei 2013.  
 
Semua abstrak dihantar secara dalam talian menggunakan pautan yang disediakan (http://www.qum2013.com/abstract-submission). Abstrak yang dihantar melalui emel tidak akan dilayan
 
Sila ikuti garis panduan berikut semasa mengemukakan abstrak:
 

Abstrak Pembentangan Poster

Maklumat Am

  • Semua penyerahan abstrak penyelidikan mestilah dalam Bahasa Inggeris.
  • Semua abstrak penyelidikan mestilah tidak mempromosikan mana-mana produk komersial atau perkhidmatan.
  • Sebarang perbelanjaan yang berkaitan dengan penyerahan dan pembentangan abstrak adalah tanggungjawab pembentang atau organisasi yang diwakili.
  • Pendaftaran persidangan adalah diperlukan untuk semua pembentang.
  • Abstrak penyelidikan adalah tidak lebih dari 300 patah perkataan (tidak termasuk tajuk dan maklumat penulis).

Contoh Abstrak

Self-medication practices among adult population attending community pharmacies in Malaysia: an exploratory study

Hassali MA 1, Shafie AA2, Saleem F3

1Associate Professor and Deputy Dean, School of Pharmaceutical Sciences, Universiti Sains Malaysia, Penang, Malaysia

2Associate Professor and Programme Chair, Discipline of Social and Administrative Pharmacy, School of Pharmaceutical Sciences, Universiti Sains Malaysia, Penang, Malaysia

3PhD Candidate, Discipline of Social and Administrative Pharmacy, School of Pharmaceutical Sciences, Universiti Sains Malaysia, Penang, Malaysia

Objective: To assess the prevalence of selfmedication among adults in an urban setting and to identify any factors contributing to self-medication in relation to consumer characteristics.                                      

Setting: The study was carried out in Kuala Lumpur, the capital of Malaysia.

Methods: A cross-sectional study using a self administered questionnaire including adults above 21 years old as an exit survey was conducted in Kuala Lumpur.

Main outcome measures: Number of medications taken in a day by participants, source of medication for the treatment of minor illnesses among participants, common illnesses chosen for selfmedication by participants, and the sources of information of participants.

Results:  Of 314 participants, 62.7% had taken at least one medication in the past week without prescription and 62.7% believed that over the counter medicines were just as effective as those prescribed by doctors. 69.4% would seek a healthcare professional’s advice before purchasing any medication and 86.9% would consult a pharmacist prior to buying medication from the pharmacy. Only 86% checked the expiry dates on medications and 54.5% reported keeping leftover medication.

Conclusions:  Self-medication practice is prevalent in Kuala Lumpur but some practice might be harmful. Education on appropriate use of self-medication need to be emphasized in order to ensure quality use of medicines.

Keywords:  Adults, Pharmacist, Self-medication

Garis panduan Penerbitan Poster

Saiz dan Kriteria Poster

Saiz poster adalah tidak melebihi 841 milimeter lebar x 1189 milimeter tinggi (saiz AO). SAIZ POSTER YANG LEBIH BESAR DARIPADA yang dinyatakan tidak muat untuk dipaparkan.
 
Poster perlu disediakan dalam format potret. Adalah disyorkan poster disediakan pada satu halaman. Walau bagaimanapun, format persembahan lain boleh diterima selagi kandungan poster adalah muat dalam ruang yang diperuntukkan pada papan poster.
 
Velcro pelekat akan disediakan di meja pendaftaran persidangan untuk melekatkan poster anda ke papan poster yang telah ditetapkan.

 

Isi Kandungan Poster

Poster harus mempunyai banner tajuk yang merangkumi tajuk kajian, nama dan maklumat penulis.

Poster yang dibentangkan haruslah mengandungi ringkasan kajian anda dan harus merangkumi:

  • Pengenalan / latar belakang
  • Objektif / soalan kajian
  • Rekabentuk / seting
  • Kaedah (jika kajian intervensi, terangkan bagaimana ia dijalankan)
  • Keputusan (termasuk carta dan graf)
  • Implikasi / kesimpulan
  • Sumber pembiayaan.

Anda tidak perlu untuk memasukkan abstrak anda pada poster.

Format Tulisan dan Warna Poster

Gunakan fon besar untuk membuat poster anda lebih mudah dibaca. Saiz fon berikut disyorkan:

Bar Title: 42-48 point bold, tajuk kajian dalam huruf besar.

Pengepala: 30-36 point bold, (sebagai contoh, Pengenalan, atau Objektif).

Isi Kandungan: sekurang-kurangnya 20 point (haruslah dapat dibaca dari jarak 2 meter).

Teks hitam atau biru gelap pada latar belakang putih akan memudahkan poster untuk dibaca.

Bahan-bahan visual (gambar, peta, graf, dan lain-lain) boleh dimasukkan untuk membuatkan poster lebih menarik.