PENGUMUMAN! PENETAPAN FI BARU BAGI KELULUSAN LEMBAGA IKLAN UBAT

Kategori berita: 
Tarikh terbit: 
Rabu, 2 Januari 2019
PENGUMUMAN! PENETAPAN FI BARU BARU BAGI KELULUSAN LEMBAGA IKLAN UBAT

Pengumuman berkaitan pindaan fi permohonan bagi kelulusan Lembaga Iklan Ubat 

Sila ambil maklum bahawa mulai 1 Januari 2019 semua permohonan bagi kelulusan Lembaga Iklan Ubat perlu disertakan dengan kadar fi baharu seperti yang ditetapkan dalam pindaan peraturan berikut:

Peraturan-Peraturan Lembaga Iklan Ubat 1976 (Pindaan) 2018 iaitu:

8.       (3). Setiap permohonan untuk mendapatkan kelulusan iklan hendaklah disertakan dengan fi sebanyak tiga ratus ringgit

          (4) Fi yang telah dibayar di bawah subperaturan (3) tidak boleh dibayar balik.

Sebarang pertanyaan sila hubungi;

Sekretariat
Lembaga Iklan Ubat

Kementerian Kesihatan Malaysia
Tel: 03-7841 3200
Faks: 03-7968 2251/2222