Penangguhan Peperiksaan Kelayakan Untuk Mengamal Farmasi Sesi 16 Disember 2020

Kategori berita: 
Tarikh terbit: 
Rabu, 2 Disember 2020

Susulan daripada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang masih dilaksanakan di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya serta peningkatan kes-kes Covid-19 di Lembah Klang,  Peperiksaan Kelayakan Untuk Mengamal Farmasi (PKUMF) yang telah dijadualkan pada 16 Disember 2020 terpaksa dipinda kepada tarikh baru iaitu pada 24 Februari 2021. Jadual terkini PKUMF boleh disemak di laman sesawang www.pharmacy.gov.my