PERMOHONAN ONLINE BAGI SIJIL-SIJIL DI BAWAH LEMBAGA FARMASI MALAYSIA (LFM)

Kategori berita: 
Tarikh terbit: 
Selasa, 26 Disember 2017
Sumber: 
Lembaga Farmasi Malaysia
mohon apc bless

Sukacita dimaklumkan bermula dari 1 April 2018 kesemua pemohon boleh menggunakan Pharmacist Registration Management System (PRiSMA), sistem Online untuk mengemukakan permohonan bagi sijil-sijil di bawah Lembaga Farmasi Malaysia (LFM) seperti berikut:

  1. Sijil Tahunan Ahli Farmasi (ST) *
  2. Sijij Pendaftaran Penuh Ahli Farmasi
  3. Sijil Pendaftaran Bersyarat
  4. Sijil Pendaftaran Sementara
  5. Sijil Tahunan Pertubuhan Perbadanan
  6. Sijil Pendaftaran Pertubuhan Perbadanan

*Sehubungan itu, satu tempoh pembekuan (freezing period) bagi pemprosesan  permohonan Sijil Tahunan Ahli Farmasi bagi tahun 2019 akan dilaksanakan bermula dari 1 Januari 2018 sehingga 31 Mac 2018. Semasa tempoh ini sebarang permohonan Sijil Tahunan  Ahli Farmasi bagi tahun 2019 yang dikemukakan secara manual tidak akan di proses dan akan dikembalikan semula kepada pemohon dengan serta merta. 

Walau bagaimanapun permohonan bagi sijil-sijil seperti (ii) hingga (vi) dan ST bagi tahun 2018 akan diproses seperti biasa secara manual sehingga 31 Mac 2018.

 

Untuk maklumat terkini sila layari www.pharmacy.gov.my dari masa ke semasa.