Pengumuman Mengenai Pengimportan dan Pengeksportan Merkuri dan Sebatian Merkuri

Kategori berita: 
Tarikh terbit: 
Ahad, 1 November 2015
Sumber: 
Bahagian Perkhidmatan Farmasi
Pengumuman Mengenai Pengimportan dan Pengeksportan Merkuri dan Sebatian Merkuri

Sila ambil maklum bahawa berkuatkuasa pada 1 November 2015, setiap pengimportan dan pengeksportan merkuri dan sebatian merkuri di bawah Konvensyen Minamata memerlukan kelulusan e-PERMIT di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) dan Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport).

Permohonan dan kelulusan permit import/eksport adalah secara atas talian (online) sepenuhnya dan berkonsepkan tanpa kertas (paperless) melalui laman sesawang iaitu http://epermit.dagangnet.com. Bagi memohon e-PERMIT, syarikat perlu berdaftar dan mendapatkan akses dengan menghubungi:

Dagang Net Technologies Sdn Bhd.
Tower 3, Avenue 5, The Horizon,

Bangsar South, No 8, Jalan Kerinchi,
59200, Kuala Lumpur.
Tel: 1 300 133 133
Emel: careline@dagangnet.com

 

Senarai Merkuri Dan Sebatian Merkuri Yang Memerlukan E-Permit Bagi Setiap Pengimportan Dan Pengeksportan

  • Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport)(Pindaan)(No.3) 2015
  • Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import)(Pindaan)(No.7) 2015

 

Bil

Item

Kod HS

1

Mercury

2805.40 000

2

Amalgam

2843.90 000

3

Inorganic or organic compounds of mercury, whether or not chemically defined, excluding amalgams (including mercury sulphate and mercury compounds of a kind used as lumino phores)

2852.10 000,

2852.90 000

4

Organo mercury compounds

2852.10 000,

2852.90 000

5

Dental alloys containing mercury

3006.40 110

*Pengimportan dan pengeksportan bagi produk yang mengandungi merkuri selain daripada yang tersenarai dalam jadual di atas perlu mematuhi akta-akta dan peraturan-peraturan lain yang ditetapkan oleh negara ini.  

 

Sebarang pertanyaan sila hubungi;

Cawangan Pelesenan
Bahagian Penguatkuasaan Farmasi
Kementerian Kesihatan Malaysia
Tel: 03-7841 3200
Faks: 03-7968 2251/2222

Emel: pelesenanbpf@moh.gov.my