Karnival Sahabat Farmasi 2015 - “Nak Selamat, Gunalah Ubat Berdaftar”

Karnival Sahabat Farmasi 2015
Tarikh aktiviti: 
Sabtu, 18 April 2015
Lokasi/tempat: 
KIP MART Bachang, Melaka

Karnival Sahabat Farmasi 2015 “Nak Selamat, Gunalah Ubat Berdaftar”

Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka akan menganjurkan Karnival Sahabat Farmasi pada 18 April 2015. Karnival ini akan berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang  di KIP MART Bachang, Melaka.

Bagi semua Warga Melaka jangan lepaskan peluang keemasan ini. Datanglah beramai-ramai untuk menimba ilmu disamping beriadah demi memelihara kesihatan seisi keluarga. Aktiviti-aktiviti  yang ditawarkan kepada para pengunjung adalah seperti :-

             1) Saringan kesihatan percuma;

             2) Kaunseling ubat-ubatan;

             3) Kaunseling berhenti merokok;

             4) Pameran ubat berdaftar;

             5) Pameran Kenali Ubat Anda;

             6) Pameran kesihatan; 

              7) Pameran dan rawatan pergigian serta banyak lagi.

Pengunjung yang membawa anak-anak kecil juga tidak perlu risau,  pelbagai jenis permainan menarik telah diatur seperti pertandingan mewarna, dam ubat dan treasure hunt yang bakal menghiburkan anda sekeluarga di Karnival Sahabat Farmasi ini.

.

Urus setia: 
Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka
Fail-fail muat turun: 

Semak Agenda Yang Terdekat

05 Okt 2019
Dewan Dato' Penggawa Permatang, Kuala Selangor