Karnival Farmasi Negeri Selangor 2013

Karnival Farmasi Negeri Selangor 2013
Tarikh aktiviti: 
Sabtu, 9 November 2013 hingga Ahad, 10 November 2013
Lokasi/tempat: 
Dataran Tonggak 10, Sungai Besar

Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dengan kerjasama Majlis Daerah Sabak Bernam akan menganjurkan Karnival Farmasi Negeri Selangor 2013 pada 9 - 10 November 2013 (Sabtu dan Ahad) bertempat di Dataran Tonggak 10, Sungai Besar, Selangor.

Objektif karnival ini diadakan adalah untuk menerapkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan membeli dan menggunakan ubat berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia serta menggalakkan budaya hidup sihat di samping memberi pendedahan tentang penjagaan kesihatan dalam kehidupan seharian.

Atur cara

Sabtu, 9 November 2013

2.00 petang

Pameran

Pemeriksaan Kesihatan

Persembahan Akustik

3.00 petang

Pertandingan 1 (Mewarna)

4.30 petang

Penyampaian Hadiah

5.00 petang

Persembahan Pencak Silat (Persatuan Seni Silat Gayung Sembilan PSSGS)

Persembahan Sandblasting (IPD Sabak Bernam)

8.00 malam

Tayangan Video

8.45 malam

Panel Forum Perdana Kesihatan kelolaan Ahli Majlis Daerah Sabak Bernam

10.00 malam

Jamuan untuk Penceramah/Panel

 

Ahad, 10 November 2013

7.00 pagi

Pendaftaran Peserta

8.00 pagi

Senamrobik Perdana

9.00 pagi

Ucapan Perasmian oleh Pengarah Kesihatan Negeri  

 

Simbolik Tandatangan “Saya Sayang Saya 3S

 

Lawatan Tapak Pameran

 

Sarapan

10.00 pagi

Ceramah Duta QUM-C dan Pegawai Farmasi Daerah Sabak Bernam

10.30 pagi

Pertandingan 2 (Explorace Quiz)

12.30 tghari

Penyampaian Hadiah dan Cabutan Bertuah

1.00 petang

Upacara Penutup oleh Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Sabak Bernam

 

Aktiviti berikut akan turut dijalankan sepanjang karnival berlangsung dari 2.00 petang hingga 4.00 petang

  • Pameran
  • Pemeriksaan Kesihatan
  • Simbolik Tandatangan “Saya Sayang Saya 3S”

 

 

Urus setia: 
Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor melalui talian 03-5510 1051.

Semak Agenda Yang Terdekat

05 Ogo 2019 hingga 07 Ogo 2019
Johor Bahru