Related FAQ
Contact Us
Lot 36, Jalan Universiti, 46200 Petaling Jaya, Selangor.
[ Location map ]
Phone: 603-7841 3200
Fax: 603-7968 2222
You are here
Panduan Untuk Menambah Preseptor Di Fasiliti Latihan Liberalisasi (FLL) Ahli Farmasi Provisional (PRP)
- Mana-mana premis yang telah diakreditasi sebagai FLL PRP dan telah disenaraikan Senarai Fasiliti Latihan Liberalisasi (FLL) Bagi Ahli Farmasi Provisional (PRP) boleh menambah preseptor (Ahli Farmasi) dari masa ke semasa pada nisbah yang ditetapkan oleh Lembaga Farmasi Malaysia mengikut keperluan dan adalah DIWAJIBKAN untuk menghadiri Bengkel Training of Preceptors (TOP).
- Nisbah Preseptor (Ahli Farmasi) kepada PRP yang ditetapkan oleh LFM adalah 1:2 sahaja
-
Borang Permohonan Penambahan Preseptor di Fasiliti Latihan Liberalisasi bersama-sama dengan dokumen sokongan yang DISAHKAN perlu dikemukan kepada:
Setiausaha
Lembaga Farmasi Malaysia
Kementerian Kesihatan Malaysia
Lot 36, Jalan Universiti
46350 PETALING JAYA
- Borang –borang yang diterima oleh LFM akan diproses dan permohonan yang LENGKAP serta pemohon yang LAYAK dan memenuhi Syarat-syarat Kelayakkan Sebagai Fasiliti Latihan Liberalisasi (FLL) Ahli Farmasi Provisional (PRP) sahaja akan dijemput untuk menghadiri satu Bengkel Training of Preceptors (TOP) yang dianjurkan oleh Lembaga Farmasi Malaysia. Pemohon yang gagal hadir ke bengkel ini akan dijemput semula pada tarikh TOP yang seterusnya. Kehadiran ke bengkel ini adalah WAJIB. Mana-mana pemohon yang gagal untuk menghadiri bengkel ini melebihi dua (2) kali jemputan, permohonannya akan digugurkan secara automatik. Permohonan baru perlu dikemukakan semula sekiranya pemohon masih berminat untuk berdaftar sebagai preceptor.
Document categories:
Guidelines
Download files:
Attachment | Size |
---|---|
![]() | 167.84 KB |
- 3439 reads
Printer-friendly version
Send by email