Adakah terdapat kawalan dilakukan terhadap kandungan bahan berunsurkan haiwan pada produk farmaseutikal?

Ada. 

Pemegang perakuan pendaftaran ubat-ubatan perlu melabel dan mengisytiharkan pada label sekiranya terdapat bahan berasaskan sumber haiwan seperti magnesium stearate, gliserin atau gelatin pada produk farmaseutikal. Jika gagal berbuat demikian, KKM berhak untuk membatalkan/menggantung pendaftaran ubat tersebut.

Penentuan sesuatu ubat bebas daripada sumber haiwan sama ada bovine, porsine dan lain-lain, melibatkan proses yang kompleks, namun dengan kecanggihan teknologi terkini, sumber bahan haiwan boleh disahkan.

Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan menyatakan bahawa ubat berunsurkan sumber yang ditegah hanya diharuskan sekiranya tiada ubat daripada sumber halal lain, dan digunakan dalam keadaan darurat. Sila hubungi JAKIM untuk maklumat lanjut.