Siaran Akhbar

Kenyataan rasmi daripada Kementerian Kesihatan Malaysia atau Bahagian Perkhidmatan Farmasi.

Berwaspada Dengan Iklan-iklan Haram

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merasa dukacita dengan penglibatan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dalam mengeluarkan pelbagai iklan haram produk kesihatan melalui media cetak, elektronik, internet, tiang-tiang lampu dan pengedaran risalah ditempat-tempat tumpuan awam. Iklan-iklan ini menawarkan janji-janji palsu seperti penawar kanser 100%, rawatan segera penyakit kencing manis, penurunan berat badan yang berterusan, peningkatan prestasi seksual, malahan sering memuatkan perkataan yang tidak sopan atau berunsur lucah semata-mata untuk mempengaruhi pengguna membeli produk mereka.

Tempoh Khidmat Wajib Pegawai Farmasi Di Kementerian Kesihatan Malaysia Dipendekkan Dari 3 Tahun Kepada 1 Tahun

Ringkasan  Kenyataan Y.B. Menteri Kesihatan Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperkenalkan khidmat wajib bagi semua graduan farmasi sejak  tahun 2004 sebagai satu langkah untuk mengatasi kekurangan pegawai farmasi sebanyak 40% di KKM.  Justeru itu, semua graduan farmasi diwajibkan untuk menjalani  1 tahun latihan dan 3 tahun khidmat wajib di KKM.   Sehingga kini, sebanyak 89% jawatan pegawai farmasi telah pun diisi di KKM.  

Penjualan Tiga (3) Produk Tidak Berdaftar

Orang awam dinasihatkan untuk mengelak daripada membeli dan mengguna tiga (3) produk tradisional iaitu Goji Plus Capsule, VnG400 dan Promax Capsule yang telah dikesan mengandungi bahan campur palsu seperti yang berikut:-

Bil

Nama Produk

Laporan Oleh Hong Kong Consumer Council Berkenaan Produk Pewarna Kuku Yang Dikesan Mengandungi Bahan Kimia Toksik

Majlis Pengguna Hong Kong telah membuat laporan melalui laman web rasmi pada 16 Ogos 2010 terhadap kajian yang dijalankan oleh mereka ke atas 42 model produk pewarna kuku. Hasil ujian yang dijalankan didapati produk-produk tersebut mematuhi keperluan had logam berat (plumbum, raksa dan arsenik) yang ditetapkan oleh Mainland’s Hygiene Standard for Cosmetic.

Amaran Kepada Pengilang Ubat Atau Makanan Kesihatan Yang Mencampur Palsu Produk Mereka Dengan Bahan Racun Berjadual

Kenyataan Akhbar Oleh YB Menteri Kesihatan Malaysia Sempena Lawatan Rasmi Ke Bahagian Perkhidmatan Farmasi Pada 5 Ogos 2010

Adalah amat membimbangkan jika kita melihat kepada kecenderungan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab mencampurkan produk-produk keluaran mereka yang berupa ubat-ubatan tradisional, makanan atau minuman kesihatan dan kosmetik dengan  bahan-bahan racun  (ubat terkawal).  Antara yang paling popular ialah:

Halaman-halaman