Petikan Berita

Petikan berita daripada akhbar-akhbar tempatan.

5 kosmetik mengandungi racun berjadual

KUALA LUMPUR 15 Mei - Kementerian Kesihatan berjaya mengesan lima produk kosmetik yang mengandungi racun berjadual iaitu betamethasone dan logam merkuri yang tidak dibenarkan dijual di Malaysia.

Antara produk tersebut ialah Cellnex Anti Sensitive Essence Treatment keluaran Europe Cosmeceutical Industries Sdn. Bhd. yang mengandungi betamethasone manakala Natural 99 Night Cream dan Natural 99 Day Cream masing-masing keluaran Auraqu Enterprise dikesan terdapat logam merkuri.

WHO dakwa belum ada bukti rokok elektrik selamat

PARIS - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan tiada kajian saintifik tetang keselamatan penggunaan rokok elektrik telah dilakukan.

"Potensi tentang kesihatan para pengguna masih belum dapat ditentukan, " kata WHO.

Badan kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu menyatakan terdapat beberapa ujian yang mencadangkan terdapat kewujudan toksik kimia pada rokok tersebut.

Ia menasihatkan para pengguna supaya tidak menggunakan rokok itu.

Kementerian Kesihatan nafi henti bekal ubat percuma

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan hari ini menafikan dakwaan pembangkang kononnya pengedaran ubat-ubatan secara percuma terutama kepada golongan yang berpendapatan rendah akan dihentikan. 

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata kementerian melalui Dasar Ubat Nasional (DUNAS) menetapkan ubatan yang berkualiti, selamat, berkesan dan mampu dimiliki oleh orang ramai dapat diperoleh secara sama rata ke arah meningkatkan tahap kesihatan rakyat. 

Nafi henti bekalan ubat percuma

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan menafikan dakwaan pembangkang kononnya pengedaran ubat-ubatan secara percuma terutama kepada golongan berpendapatan rendah dihentikan.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, kementerian melalui Dasar Ubat Nasional (DUNAS) menetapkan ubat-ubatan berkualiti, selamat, berkesan dan mampu dimiliki orang ramai diperoleh secara sama rata ke arah meningkatkan tahap kesihatan rakyat.

Penjualan rokok elektronik salah

KUCHING 7 Jan - Menjual, mengedar atau menyimpan rokok elektronik, e-Cigarette adalah satu kesalahan di bawah Akta Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Zulkifli Jantan berkata, hal itu demikian kerana pihaknya telah mengesan kehadiran nikotin di dalam cecair e-Cigarette dalam pelbagai kepekatan tertentu.

Beliau berkata, nikotin merupakan bahan yang dikawal di bawah Akta Racun 1952 dan hanya dikecualikan dalam produk tembakau.

Ubat tiruan berleluasa

KUALA LUMPUR - Penjualan ubat-ubatan tiruan tetapi menggunakan jenama tulen yang dipercayai berleluasa di seluruh dunia kini amat membimbangkan apabila ia turut merebak di Malaysia.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan jualan ubat palsu kini melebihi RM230 bilion, manakala Kementerian Kesihatan pula mengakui penjualan ubatan yang menjejaskan kesihatan pengguna itu turut semakin berleluasa.