Pengumuman

TAWARAN IKLAN PERMOHONAN CUTI BELAJAR TANPA HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (CBBP/CBTG)

Untuk makluman, Program Farmasi telah menetapkan SYARAT & POLISI TAMBAHAN  bagi permohonan cuti belajar dan permohonan kursus perlu mengikut SENARAI KURSUS yang diunjurkan oleh program bersesuaian dengan hala tuju Farmasi.

Keputusan Peperiksaan Kelayakan Untuk Mengamal Farmasi Bagi Sesi 1 Mac 2017

Berikut disertakan keputusan Peperiksaan Kelayakan Untuk Mengamal Farmasi bagi sesi 1 Mac 2017.

Keputusan peperiksaan secara rasmi akan dipos kepada calon. 

PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan berhubung Keputusan Peperiksaan Kelayakan Untuk Mengamal Farmasi boleh diajukan kepada:

Upcoming Training Of Preceptors (TOP) for Preceptors of Liberalised PRP Training Facilities

The upcoming TOP will be on 25 May 2017 (Subject to changes). All interested participants please submit COMPLETE* application forms to Pharmacy Board Malaysia (PBM) by 27th April 2017. Forms received later than 27th April 2017 will be considered for the next TOP (date will be finalised soon). Successful candidates will receive an INVITATION LETTER on 11 May 2017. ONLY invited candidates are allowed to attend the TOP.

 

Sesi Tutorial Peperiksaan Kelayakan Untuk Mengamal Farmasi

Senarai nama peserta yang akan mengikuti sesi tutorial Peperiksaan Kelayakan Untuk Mengamal Farmasi adalah seperti di LAMPIRAN A.

 

Tarikh            :           15 Mei 2017

Keputusan Peperiksaan Kelayakan Untuk Mengamal Farmasi Bagi Sesi 9 November 2016

Berikut disertakan keputusan Peperiksaan Kelayakan Untuk Mengamal Farmasi bagi sesi 9 November 2016.

Keputusan peperiksaan secara rasmi akan dipos kepada calon. 

PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan berhubung Keputusan Peperiksaan Kelayakan Untuk Mengamal Farmasi boleh diajukan kepada:

Setiausaha
Lembaga Farmasi Malaysia
Kementerian Kesihatan Malaysia
Lot 36, Jalan Universiti,
46350 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia

Tel : 03-7841 3200, 7841 3288, 7841 3383, 7841 3317
Faks : 03-7841 3658

Pengumuman Perubahan URL BLESS

Adalah dimaklumkan URL terkini bagi BLESS: www.bless.gov.my/bless

Syarat Memohon Pendaftaran Sebagai Ahli Farmasi Provisional

Bermula pada November 2016, semua calon yang ingin mendaftar sebagai Ahli Farmasi Provisional (PRP) perlu lulus Peperiksaan Kelayakan Untuk Mengamal Farmasi (susulan keputusan mesyuarat Lemabaga Farmasi Malaysia bil ke-103):

 

  1. Peperiksaan ini boleh diduduki oleh pelajar tahun tiga dan empat di universiti tempatan masing-masing.
  2. Bagi pelajar luar negara, mereka boleh memohon menduduki peperiksaan ini sebagai calon persendirian dan perlu lulus sebelum memohon pendaftaran sebagai PRP.

 

Permohonan Credentialing

Dimaklumkan bahawa Mesyuarat JK Credentialing Amalan Farmasi Bil 2/2016  akan diadakan pada bulan Disember 2016. Mohon kerjasama dan jasa baik pegawai-pegawai yang berminat untuk mengemukakan permohonan Credentialing ke Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM sebelum atau pada 25 November 2016.

Sebarang permohonan yang diterima selepas tarikh 25 November 2016 akan dibawa ke Mesyuarat JK Credentialing Amalan Farmasi pada tahun 2017.

Sekian, harap maklum.

PEMAKLUMAN LANGKAH-LANGKAH PENJIMATAN BIASISWA HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) TAHUN 2016 DAN 2017 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Pemakluman ini bertujuan menjelaskan pindaan terhadap kemudahan yang diperolehi bagi penerima biasiswa HLP KKM selaras dengan langkah-langkah penjimatan peruntukan kerajaan untuk dilaksanakan bagi jangka masa pendek (tahun 2016 dan 2017) dan jangka masa panjang.

Sehubungan itu, bagi calon-calon yang sedang mengikuti pengajian dan calon-calon yang bakal melanjutkan pengajian adalah diminta untuk mengambil perhatian akan perkara ini.

Halaman-halaman