Seranta Awam Atas Talian Mengenai Cadangan Pindaan Terhadap Peraturan-peraturan Yang Berkaitan Fi Lesen Di Bawah Akta Racun 1952 dan Peraturan-peraturannya

BAHAGIAN A: SERANTA AWAM ATAS TALIAN

Pengenalan

Seranta awam atas talian ini adalah selaras dengan aspirasi Kerajaan mendukung prinsip ketelusan dan kesaksamaan bagi pelaksanaan sesuatu undang-undang.

Oleh yang demikian, halaman ini disediakan untuk perundingan awam dan akan memaparkan draf cadangan baru atau pindaan undang-undang (termasuk undang-undang kecil, dasar, peraturan dan lain-lain).

Bahagian ini sedang mengkaji cadangan pindaan terhadap peraturan-peraturan yang berkaitan fi bagi pengeluaran lesen dan permit seperti berikut:

Peraturan Lesen/Permit
i. P28 Peraturan-peraturan Racun 1952 Lesen Racun Jenis B dan Lesen Racun Jenis E
ii. P15(4) Peraturan-peraturan Racun (Bahan Psikotropik) 1989 Permit Membeli dan Mengguna Bahan Psikotropik (Industri)
iii. P4A Peraturan-peraturan Racun (Natrium Hidroksida) 1962 Permit Membeli dan Mengguna Natrium Hidroksida

 

Tempoh

Draf tersebut akan dipaparkan pada halaman ini dalam tempoh 21 hari mulai 24 Julai 2017 sehingga 13 Ogos 2017

Kumpulan Sasaran

Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia memerlukan maklum balas, pendapat dan cadangan mengenai draf cadangan tentang perkara ini daripada semua pihak yang berkepentingan (stakeholders) berikut:

  1. Pemegang Lesen Racun Jenis B
  2. Pemegang Lesen Racun Jenis E
  3. Pemegang Permit Membeli dan Mengguna Bahan Psikotropik (Industri) DAN
  4. Pemegang Permit Membeli dan Mengguna Natrium Hidroksida

 

BAHAGIAN B: DOKUMEN UNTUK MUAT TURUN

No Dokumen Tempoh Dibuka  Status  Download
1 Draf Cadangan Pindaan Terhadap Peraturan-peraturan Yang Berkaitan Fi Lesen di bawah Akta Racun 1952 dan Peraturan-peraturannya Sehingga 13 Ogos 2017 DITUTUP Muat Turun

 

BAHAGIAN C: MAKLUM BALAS