Syarat-syarat Kelayakan Masuk Minimum Ke Program Farmasi

Syarat-syarat Kelayakan Masuk Minimum Ke Program Farmasi

BIL

TAHAP PENGAJIAN (MQF)

SYARAT KELAYAKAN MASUK

1.

Diploma

 

(Tahap 4)

1.  Lulus SPM/ SPMV atau kelayakan setara dengan mendapat sekurang-kurangnya

kepujian dalam 3 mata pelajaran termasuk salah satu mata pelajaran Sains; atau

 

2.  Lulus UEC atau kelayakan setara dengan mendapat sekurang-kurangnya gred B

dalam 3 mata pelajaran termasuk salah satu mata pelajaran Sains; atau

 

3.  Lulus O-Level atau kelayakan yang setara dengan mendapat 3 kepujian termasuk salah 1 mata pelajaran Sains.

2.

Ijazah Sarjana Muda

 

(Tahap 6)

1.  Lulus STPM atau setara dengan mendapat CGPA/NGMP 3.00 ke atas termasuk

mendapat sekurang-kurangnya gred B dalam mata pelajaran Kimia. Pemohon warganegara Malaysia wajib lulus Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam SPM atau setara dan wajib lulus minimum band 3 dalam MUET sebelum bergraduat; atau

 

2.  Lulus A-Level dengan mendapat 3B atau 2A 1 C atau 1A 1B 1C  dalam Biologi dan Kimia dan Fizik atau Matematik dengan mendapat  sekurang-kurangnya gred B dalam mata pelajaran Kimia. Pemohon warganegara Malaysia wajib lulus Bahasa Malaysia  dan  Bahasa  Inggeris  dengan  mendapat  sekurang-kurangnya  gred  C dalam SPM atau setara dan wajib lulus minimum Band 3 dalam MUET sebelum bergraduat; atau

 

(Dengan merujuk sistem skor Univesities and Colleges Admission Service (UCAS)

yang dilaksanakan di UK bagi keputusan A-Level iaitu dengan ketetapan skor A+=

140, A= 120, B= 100 dan C= 80).

 

Keperluan 3 B yang dicadangkan oleh LFM adalah menyamai jumlah skor 300 dengan gred B untuk mata pelajaran Kimia.

 

3. Lulus Matrikulasi / Pra Pengajian Farmasi / Perubatan dari mana-mana Pemberi Pendidikan Tinggi dengan mendapat sekurang-kurangnya PNG 3.00 dan ke atas dengan mendapat sekurang-kurangnya gred B dalam mata pelajaran Kimia dan program perlu dijalankan dalam tempoh sekurang-kurangnya 1 tahun. Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya 5 B dalam Biologi dan Kimia dan Fizik dan Matematik (atau Matematik Tambahan) dan 1 mata pelajaran lain. Pemohon warganegara Malaysia wajib lulus Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam SPM atau setara dan wajib lulus minimum Band 3 dalam MUET sebelum bergraduat; atau

 

4. Foundation dalam Sains dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00 ke atas dan mendapat sekurang-kurangnya gred B dalam mata pelajaran Kimia serta program perlu dijalankan dalam tempoh sekurang-kurangnya 1 tahun. Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya 5 B dalam Biologi dan Kimia dan Fizik dan Matematik (atau Matematik Tambahan) dan 1 mata pelajaran lain. Pemohon warganegara Malaysia wajib lulus Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam SPM atau setara dan wajib lulus minimum Band 3 dalam MUET sebelum bergraduat atau Skor 550 TOEFL atau 6.0 IELTS dengan minimum Band 5.5 bagi setiap skil- Writing, Reading, Listening / Speaking (WRLS); atau

 

5. Diploma Sains (Kimia atau Biologi atau Fizik) dengan mendapat PNGK 3.75 dan ke atas termasuk gred B dalam mata pelajaran Kimia dan lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya 5 B dalam Biologi dan Kimia dan Fizik dan Matematik (atau Matematik Tambahan) dan 1 mata pelajaran lain. Pemohon warganegara Malaysia wajib lulus Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam SPM atau setara dan wajib lulus minimum Band 3 dalam MUET sebelum bergraduat; atau

 

6. Diploma Farmasi dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.50 ke atas dan lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya 5 B dalam Biologi dan Kimia dan Fizik dan Matematik (atau Matematik Tambahan) dan 1 mata pelajaran lain. Pemohon warganegara Malaysia wajib lulus Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam SPM atau setara dan wajib lulus minimum Band 3 dalam MUET sebelum bergraduat; atau

 

7. Lulus ijazah sarjana muda dalam bidang Sains dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.75 dan ke atas. (PNGK 2.75 = Gred C+)