Perihal BPF

Program Perkhidmatan Farmasi adalah salah satu program di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia KKM yang bertanggungjawab untuk memastikan orang awam mendapat keluaran farmaseutikal yang berkualiti, selamat dan berkesan, melindungi kepentingan mereka melalui penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan, serta memastikan ubat-ubatan digunakan oleh penyedia perkhidmatan kesihatan dan juga pesakit secara wajar.

Bahagian Perkhidmatan Farmasi, sebagai salah satu bahagian utama di bawah program ini, memastikan tanggungjawab tersebut dilaksanakan melalui tiga aktiviti utama iaitu Dasar & Pengurusan Farmasi, Amalan & Perkembangan Farmasi, dan Penguatkuasaan Farmasi.

Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan pula adalah agensi regulatori di bawah Program Perkhidmatan Farmasi yang bertangggungjawab mengawal selia produk farmaseutikal di pasaran negara.

Visi, Misi & Objektif

Visi

Menerajui pengurusan berkualiti ke atas ubat-ubatan melalui tenaga kerja yang berdaya saing, sains dan teknologi bersesuaian dan perkongsian dengan semua pihak yang berkepentingan.

Misi

Memastikan ubat-ubatan berkualiti untuk negara.

Objektif

Memastikan semua keluaran farmaseutikal dan produk penjagaan kesihatan yang berada di pasaran adalah berkualiti, selamat, berkesan dan dikawal mengikut undang-undang yang berkaitan serta digunakan secara rasional.