Peperiksaan Kelayakan untuk Mengamal Farmasi

Lembaga Farmasi Malaysia telah menetapkan keperluan untuk lulus dalam Peperiksaan Kelayakan Untuk Mengamal Farmasi sebagai salah satu syarat untuk pendaftaran sebagai ahli farmasi.

KATEGORI PEMOHON

Kategori pemohon yang berikut layak memohon untuk menduduki peperiksaan dan wajib lulus peperiksaan:

  1. Ahli Farmasi Berpendaftaran Bersyarat (PRP) yang sedang menjalani latihan provisional di Malaysia
  2. Ahli Farmasi bukan kategori PRP yang mempunyai kelayakan ijazah farmasi yang diiktiraf oleh Lembaga Farmasi Malaysia (LFM) seperti berikut:
    • Ahli Farmasi yang telah berdaftar di luar negara dan ingin berdaftar di Malaysia
    • Ahli Farmasi warganegara asing yang ingin memohon untuk Pendaftaran Sementara dengan LFM
  3. Pelajar farmasi tahun akhir (tahun 4) dan pelajar yang telah bergraduasi (belum dibuat penempatan latihan) dari program farmasi yang diiktiraf oleh LFM.

FORMAT PEPERIKSAAN

  1. Terdapat sebanyak 100 soalan Multiple Choice Questions (MCQ) dalam bentuk “open book format”.
  2. Calon perlu menjawab semua soalan dalam tempoh 3 jam 30 minit.
  3. Markah lulus adalah 50%.
  4. Soalan peperiksaan merangkumi semua aspek perundangan farmasi, kod etika farmasi, aspek berkaitan amalan farmasi seperti Dasar Ubat Nasional (DUNas) dan Good Governance of Medicine (GGM).

RUJUKAN UNTUK PEPERIKSAAN

Bahan rujukan berikut boleh digunakan sebagai sumber rujukan untuk peperiksaan:

  1. Poisons Act 1952 (Revised 1989) & Its Regulations
  2. Dangerous Drugs Act 1952 (Revised 1980) & Its Regulations
  3. Medicines (Advertisement and Sale) Act 1956 (Revised 1983) & Its Regulations
  4. Sale of Drugs Act 1952 (Revised 1989) & Its Regulations
  5. Registration of Pharmacists Act 1951 & Its Regulations
  6. Code of Conduct for Pharmacists and Bodies Corporate By Pharmacy Board of Malaysia 2009
  7. Bahan rujukan Dasar Ubat Nasional (DUNas) dan Good Governance of Medicine (GGM)

TARIKH PEPERIKSAAN KELAYAKAN UNTUK MENGAMAL FARMASI 2016

 

Peperiksaan Kelayakan Untuk Mengamal Farmasi ditetapkan sebanyak tiga (3) kali dalam setahun. Takwim peperiksaan bagi tahun 2016 adalah seperti berikut:

Tarikh Peperiksaan

Tarikh Tutup Permohonan

1 Mac 2017 (Rabu)

13 Januari 2017 (Jumaat)

7 Jun 2017 (Rabu)

28 April 2017 (Jumaat)

8 November 2017 (Rabu)

8 September 2017 (Jumaat)

 

PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan berhubung Peperiksaan Kelayakan Untuk Mengamal Farmasi boleh diajukan kepada:

Setiausaha
Lembaga Farmasi Malaysia
Kementerian Kesihatan Malaysia
Lot 36, Jalan Universiti,
46350 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia

Tel : 03-7841 3200, 7841 3288, 7841 3383, 7841 3317
Faks : 03-7841 3658

E-mel : fuziah_arashid@moh.gov.my  (Puan Fuziah Abdul Rashid) atau hanisah.shafie@moh.gov.my  (Puan Hanisah Shafie) atau husni.hamid@moh.gov.my (Puan Nur Husni Hamid)