Lembaga Farmasi Malaysia

Penubuhan Lembaga Farmasi Malaysia

Lembaga Farmasi Malaysia (LFM) ditubuhkan selaras dengan peruntukan di bawah seksyen 3, Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951.

Ahli Lembaga

  • Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia (ex-officio);
  • Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi (ex-officio);
  • Lapan orang Ahli Farmasi Berdaftar dari perkhidmatan awam yang dilantik oleh Menteri Kesihatan Malaysia;
  • Tiga orang Ahli Farmasi Berdaftar daripada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang menawarkan program ijazah farmasi (dipilih daripada calon-calon yang dicadangkan oleh IPT) yang dilantik oleh Menteri Kesihatan Malaysia;
  • Dua orang Ahli Farmasi Berdaftar bukan daripada perkhidmatan awam  yang dilantik oleh Menteri Kesihatan Malaysia;
  • Tiga orang Ahli Farmasi Berdaftar bukan daripada perkhidmatan awam yang dicalonkan oleh Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) yang dilantik oleh Menteri Kesihatan Malaysia

Ahli-ahli Lembaga sesi 2013-2016

1)       Y.Bhg.Datuk Dr.Noor Hisham bin Abdullah    (PRESIDEN)
           Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia 

2)       Y.Bhg.Dato’ Eisah binti A.Rahman
           Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi

3)       Tuan Haji Mohd Hatta bin Ahmad
           Pengarah Penguatkuasaan Farmasi

4)        Dr.Salmah binti Bahri
            Pengarah Amalan dan Perkembangan Farmasi

5)        Puan Abida Haq binti Syed M. Haq
            Ketua Pegawai Farmasi , Hospital Kuala Lumpur

6)       Encik Khong Lai Bun
           Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi) Kedah

7)       Dr.Nour Hanah binti Othman
           Timbalan Pengarah Dasar & Pengurusan Farmasi

8)       Tuan Haji Mohd Zulkifli bin Abd Latif
           Timbalan Pengarah Penguatkuasaan Farmasi

9)      Dr.Ramli bin Zainal
          Institut Penyelidikan Sistem Kesihatan, Institut Penyelidikan Perubatan Kebangsaan

10)    Encik Amrahi bin Buang
          Pusat Perubatan Universiti Malaya

11)    Prof. Madya Dr. Mohamed Azmi bin Ahmad Hassali
          Universiti Sains Malaysia

12)    Prof.Dr.Rosnani binti Hashim                
          Cyberjaya University College of Medical Sciences

13)    Encik Mohd.Fazli bin Shuib                                     
          Prince Court Medical Centre

14)    Encik Mukunda Kumar a/l  M.S Nair     
          Farmasi Komuniti

15)    Datuk Nancy Ho @ Chow Ning Hsin
          Presiden Persatuan Farmasi Malaysia (MPS)

16)    Encik Tong Yew Sum
          Malaysian Organisation of Pharmaceutical Industries  (MOPI)

17)    Encik Wong Sie Sing      
          Presiden Malaysian Community Pharmacists Association (MCPA)

18)     Encik Azman bin Yahya    (SETIAUSAHA)
           Timbalan Pengarah Amalan dan Perkembangan Farmasi

Lembaga Farmasi Malaysia bertanggungjawab

  1. Menguruskan permohonan pendaftaran dan pembatalan pendaftaran Ahli Farmasi dan Pertubuhan Perbadanan.
  2. Menguruskan permohonan akreditasi dan pengiktirafan bagi program ijazah farmasi di Institusi Pengajian Tinggi.
  3. Menguruskan permohonan kelulusan premis untuk latihan provisional.
  4. Menyelaras dan memantau pencapaian mata minimum CPD bagi tujuan permohonan Sijil Pengekalan Tahunan Ahli Farmasi.
  5. Menyelaras dan menggubal soalan Peperiksaan Perundangan Farmasi bagi tujuan pendaftaran Ahli Farmasi.
  6. Menyedia dan memantau pematuhan kepada Garispanduan Kelulusan dan Pengiktirafan Program Farmasi bagi memastikan kualiti pelajar dan institusi yang menjalankan program ijzah farmasi.

Jawatankuasa berikut ditubuhkan di bawah LFM bagi membantu Lembaga melaksanakan fungsinya iaitu:

  1. Jawatankuasa Teknikal Bersama 
  2. Jawatankuasa Teknikal Peperiksaan Perundangan Farmasi
  3. ​Jawatankuasa Teknikal Akreditasi Farmasi
  4. Jawatankuasa Teknikal Pengiktirafan IPT
  5. ​Jawatankuasa Teknikal APC-CPD Farmasi
  6. Jawatankuasa Teknikal Inkuiri