Farmasi pesakit dalam (Farmasi wad)

Farmasi Bekalan Wad menyediakan perkhidmatan pembekalan ubat-ubatan ke wad, klinik dan unit-unit lain dalam hospital melalui sistem unit dos, sistem “top-up” ubat dan bekalan stok tersedia.

 
Bagi pesakit yang telah didiscaj, perkhidmatan pendispensan dan kaunseling disediakan. Ubat psikotropik dan Dadah Berbahaya juga dibekalkan ke wad dan unit kecemasan hospital dari Farmasi Bekalan Wad.