Bahagian Dasar & Perancangan Strategik Farmasi

Dasar & Perancangan Strategik Farmasi bertanggungjawab untuk memastikan perancangan strategik dan dasar perkhidmatan farmasi dilaksanakan mengikut sasaran yang ditetapkan, pengagihan sumber manusia mengikut keperluan dan kepentingan perkhidmatan, pembangunan modal insan yang relevan dan berterusan dilakukan, sistem kualiti diterap dan diamalkan di dalam perkhidmatan di setiap peringkat serta memastikan urusan pentadbiran dan kewangan yang mantap dilakukan mengikut peraturan dan garis panduan yang ditetapkan.

Cawangan-cawangan

Cawangan Pembangunan Profesion Farmasi

  • Merancang keperluan sumber manusia untuk perkhidmatan farmasi KKM di seluruh negara.
  • Merancang, menyelaras dan memantau latihan anggota farmasi KKM di peringkat ibu pejabat dan negeri.
  • Merancang penempatan dan pengisian anggota farmasi KKM secara optima di seluruh negara.
  • Merancang dan menyelaras pembangunan dan laluan kerjaya anggota farmasi di KKM.
  • Menambahbaik pembangunan profesion farmasi di KKM.
  • Mengenalpasti, merancang dan memantau aktiviti Continous Professional Development (CPD) bagi meningkatkan kompetensi anggota farmasi di KKM.

Cawangan Dasar Strategik Farmasi

  • Merancang, menyelaras dan memantau implementasi semua aktiviti / pelan tindakan Dasar Ubat Nasional.
  • Merancang dan menyelaras kajian-kajian tambahan yang perlu dilaksanakan untuk menentukan pencapaian matlamat-matlamat DUNAS atau mengkaji impak dari pelaksanaan dasar. 
  • Menyelaras perhubungan di antara pemegang berkepentingan (stakeholder)  dalam isu-isu berkaitan dengan DUNAS dan menyelaraskan aktiviti bersama.
  • Melaksanakan penilaian dan penggubalan semula Dasar Ubat Nasional dengan mengambil kira penglibatan semua stakeholder.
  • Menyelaras dan memudahcara perhubungan intraagensi, interagensi dan antarabangsa dalam perkhidmatan farmasi.
  • Memantau dan menyelaras aduan.
  • Menyelaras perhubungan dengan media.

Cawangan Perkembangan Infrastruktur & Kualiti Farmasi

  • Menyelaras dan memantau pembangunan infrastruktur farmasi di fasiliti kesihatan KKM
  • Menyelaras dan memantau sistem kualiti perkhidmatan farmasi seperti KPI, QAP, SSR, KIK, 5S, Inovasi dan Piagam Pelanggan.
  • Merancang dan melaksanakan program pembudayaan kualiti anggota.

Cawangan Teknologi Maklumat & Informatik Farmasi

  • Merancang, menyelaras dan melaksanakan keperluan latihan berkaitan ICT kepada anggota jabatan.
  • Merancang, menyelaras dan melaksanakan keperluan prasarana ICT, keselamatan ICT, penyelenggaraan peralatan/ rangkaian/bilik server dan perisian ICT jabatan.
  • Membuat penilaian teknikal perolehan ICT Jabatan yang tidak melibatkan pembangunan sistem.
  • Memberi khidmat sokongan teknikal berkaitan ICT jabatan.
  • Penyebaran maklumat farmasi melalui laman web jabatan.
  • Merancang, menyediakan, melaksanakan dan memantau polisi berkaitan ICT jabatan.