Bahagian Dasar & Pengurusan Farmasi

Dasar & Pengurusan Farmasi bertanggungjawab untuk memastikan perancangan strategik dan dasar perkhidmatan farmasi dilaksanakan mengikut sasaran yang ditetapkan, pengagihan sumber manusia mengikut keperluan dan kepentingan perkhidmatan, pembangunan modal insan yang relevan dan berterusan dilakukan, sistem kualiti diterap dan diamalkan di dalam perkhidmatan di setiap peringkat serta memastikan urusan pentadbiran dan kewangan yang mantap dilakukan mengikut peraturan dan garis panduan yang ditetapkan.

Seksyen-seksyen

Seksyen Kerjaya & Modal Insan

  • Merancang keperluan sumber manusia untuk perkhidmatan farmasi di seluruh negara.
  • Merancang, menyelaras dan memantau latihan anggota farmasi di peringkat ibu pejabat dan negeri.
  • Merancang penempatan dan pengisian anggota farmasi secara optima di seluruh negara.
  • Merancang dan menyelaras pembangunan dan laluan kerjaya anggota farmasi.
  • Menambahbaik pembangunan profesyen farmasi.
  • Mengenalpasti, merancang dan memantau aktiviti Continous Professional Development (CPD) bagi meningkatkan kompetensi anggota farmasi.
  • Menyelaras dan memantau pegawai yang mengikuti kursus di peringkat sarjana farmasi dan doktor falsafah (Ph.D).

Seksyen Dasar Ubat Nasional (DUNAS)

  • Merancang, menyelaras dan memantau implementasi semua aktiviti / pelan tindakan Dasar Ubat Nasional.
  • Merancang dan menyelaras kajian-kajian tambahan yang perlu dilaksanakan untuk menentukan pencapaian matlamat-matlamat DUNAS atau mengkaji impak dari pelaksanaan dasar. 
  • Menyelaras perhubungan di antara pemegang berkepentingan (stakeholder)  dalam isu-isu berkaitan dengan DUNAS dan menyelaraskan aktiviti bersama.
  • Melaksanakan penilaian dan penggubalan semula Dasar Ubat Nasional dengan mengambil kira penglibatan semua stakeholder.

Seksyen Hubungan & Inovasi

  • Menyelaras dan memudahcara perhubungan intraagensi, interagensi dan antarabangsa dalam perkhidmatan farmasi.
  • Menyelaras dan memantau sistem kualiti perkhidmatan farmasi seperti KPI, QAP, SSR, KIK, 5S, Inovasi dan Piagam Pelanggan.
  • Memantau dan menyelaras aduan.
  • Menyelaras perhubungan dengan media.
  • Merancang dan melaksanakan program pembudayaan kualiti anggota.

Seksyen Pengurusan Maklumat Farmasi

  • Merancang, menyelaras dan melaksanakan keperluan latihan berkaitan ICT kepada anggota jabatan.
  • Merancang, menyelaras dan melaksanakan keperluan prasarana ICT, keselamatan ICT, penyelenggaraan peralatan/ rangkaian/bilik server dan perisian ICT jabatan.
  • Membuat penilaian teknikal perolehan ICT Jabatan yang tidak melibatkan pembangunan sistem.
  • Memberi khidmat sokongan teknikal berkaitan ICT jabatan.
  • Penyebaran maklumat farmasi melalui laman web jabatan.
  • Merancang, menyediakan, melaksanakan dan memantau polisi berkaitan ICT jabatan.