Bahagian Amalan & Perkembangan Farmasi

Bahagian Amalan dan Perkembangan Farmasi bertanggungjawab bagi memastikan keperolehan dan kepenggunaan ubat-ubatan yang berkualiti melalui Amalan Farmasi yang berkesan bagi mempertingkatkan Perkhidmatan Farmasi di Malaysia supaya setanding dengan kemajuan perkembangan perkhidmatan farmasi di negara-negara maju

Cawangan-cawangan

Klinikal dan Teknikal

  • Merancang, menyelaras dan memantau perkhidmatan farmasi di peringkat hospital dan klinik kesihatan KKM bagi memastikan penyediaan, pembekalan dan pendispensan ubat yang tepat dan selamat kepada pesakit.
  • Merancang, memperkembangkan serta menyelaras  perkhidmatan penjagaan farmaseutikal (seperti kaunseling ubat-ubatan, MTAC dan perkhidmatan farmasi klinikal) bagi pesakit di fasiliti KKM .
  • Menggubal polisi, garis panduan dan dasar berkaitan dengan amalan farmasi serta memantau proses implementasi di fasiliti KKM.

Formulari dan Farmakoekonomik

  • Menguruskan permohonan penyenaraian ubat ke dalam Formulari Ubat KKM (FUKKM) yang diterima dari negeri / hospital / JKK ubat / Institusi KKM untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Panel Kaji Semula Senarai Ubat KKM (Mesyuarat Panel).
  • Membangunkan Kod Ubat Malaysia atau Malaysia Drug Code (MDC) untuk setiap ubat yang berdaftar dan yang tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).
  • Menguruskan permohonan ubat-ubat yang memerlukan kelulusan khas Ketua Pengarah Kesihatan (KPK) & Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi (PKPF).
  • Menilai permohonan ubat untuk penyenaraian ke dalam FUKKM berlandaskan ciri-ciri farmakoekonomik

Logistik Farmaseutikal

  • Memberi sokongan teknikal kepada Bahagian Perolehan dan Penswastaan KKM sebagai urusetia dalam menguruskan tender ubat – ubatan serta merancang keperluan ubat – ubatan bagi tender baru atau pembaharuan tender ubat – ubatan.
  • Memantau prestasi perkhidmatan oleh syarikat konsesi dalam pembekalan ubat dan bukan ubat APPL dengan kerjasama Bahagian Perolehan dan Penswastaan KKM, Jabatan Kesihatan Negeri dan institusi KKM untuk penambahbaikan perkhidmatan.
  • Mengumpul dan menganalisa data – data perolehan bagi tujuan perancangan dan penambahbaikan pengurusan logistik farmaseutikal KKM serta diselaraskan mengikut keperluan Bahagian Kewangan KKM atau lain – lain agensi yang berkaitan.
  • Merancang, menyelaras dan menguruskan perkembangan amalan perolehan dan pengurusan stor institusi Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu hospital, Pejabat Kesihatan Daerah dan klinik kesihatan.
  • Membantu Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM dalam menyelaras sebarang aktiviti bersama Bahagian Kawalan Penyakit KKM berkaitan pelan kesiapsiagaan yang dijalankan dari semasa ke semasa.

Harga Ubat

  • Mewujudkan satu pangkalan data harga ubat-ubatan berdasarkan maklumat harga yang diperolehi daripada peringkat pengedaran ubat, sebagai bahan rujukan dalam proses rundingan dan pemantauan harga ubat-ubatan.
  • Memantau dan menjalankan aktiviti-aktiviti pemantauan dan kawalan harga ubat-ubatan.
  • Mewujudkan polisi, garis panduan dan Standard Operating Prosedure (SOP) berkaitan pemantauan dan kawalan harga ubat-ubatan dan pembentukan tariff harga ubat.
  • Diseminasi informasi berkenaan harga ubat-ubatan untuk kegunaan orang ramai dan pegawai-pegawai KKM.
    • Menyediakan harga runcit yang dicadangkan oleh pembekal untuk digunakan sebagai rujukan harga pembelian oleh pengguna
    • Menyediakan senarai pelabelan harga ubat  yang dibekalkan kepada pesakit luar di fasiliti KKM.

Lembaga Farmasi

  • Menguruskan permohonan pendaftaran dan pembatalan pendaftaran Ahli Farmasi dan Pertubuhan Perbadanan.
  • Menguruskan permohonan akreditasi dan pengiktirafan bagi program ijazah farmasi di Institusi Pengajian Tinggi.
  • Menguruskan permohonan kelulusan premis untuk latihan provisional.
  • Menyelaras dan memantau pencapaian mata minimum CPD bagi tujuan permohonan Sijil Pengekalan Tahunan Ahli Farmasi.
  • Menyelaras dan menggubal soalan Peperiksaan Perundangan Farmasi bagi tujuan pendaftaran Ahli Farmasi.
  • Menyedia dan memantau pematuhan kepada Garispanduan Kelulusan dan Pengiktirafan Program Farmasi bagi memastikan kualiti pelajar dan institusi yang menjalankan Program Ijazah Ffarmasi terpelihara.

Perkembangan Farmasi

  • Menggalak dan menambahbaik kualiti Perkhidmatan Farmasi KKM menerusi program Quality Assurance (QAP), Petunjuk Prestasi Utama (KPI), Audit Dalaman Amalan Farmasi (ADAF), Piagam Pelanggan dan program-program peningkatan kualiti lain yang dijalankan di peringkat KKM.
  • Meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti serta menggalak tadbir urus yang baik bagi semua sektor farmaseutikal tempatan melalui amalan Good Governance for Medicine (GGM).
  • Memantau dan menyelaras aktiviti berkaitan pembangunan di fasiliti KKM
  • Meningkatkan dan memantau kualiti kajian dan penyelidikan di peringkat Perkhidmatan Farmasi KKM.
  • Memantau isu-isu berkaitan komponen farmasi dalam aplikasi sistem ICT di fasiliti KKM.
  • Menyelaras data-data bagi tujuan perancangan dan pengurusan Bahagian Amalan dan Perkembangan Farmasi.
  • Menyelaras pembangunan dan pelaksanaan PhIS/ CPS di semua fasiliti farmasi KKM.

Penggunaan Ubat Berkualiti

  • Merancang, memantau dan menganalisis aktiviti pendidikan mengenai ubat-ubatan dan penyediaan akses maklumat ubat-ubatan untuk orang awam.
  • Memberi pendidikan kepada orang awam mengenai cara penggunaan ubat berkualiti supaya kefahaman dan pengetahuan mengenai ubat-ubatan ditingkatkan untuk menggalakkan kepatuhan dan hasil rawatan yang baik.
  • Menyediakan maklumat ubat-ubatan yang tepat, tidak berat sebelah dan relevan untuk disebarkan kepada orang awam melalui sebaran risalah, laman web dan media massa.
  • Meningkatkan akses untuk rakyat mendapatkan maklumat ubat melalui National Pharmacy Call Centre (NPCC), portal Know Your Medicine serta secara atas talian.
  • Menyediakan modul dan memberi latihan mengenai penggunaan ubat berkualiti kepada pengamal penjagaan kesihatan (Healthcare provider).
  • Mengemas kini pangkalan data kesilapan pengubatan berdasarkan laporan-laporan yang diterima dari fasiliti kesihatan awam dan swasta seluruh negara.
  • Menganalisis data kesilapan pengubatan dan menyediakan laporan-laporan berkaitan.
  • Menggubal polisi / prosedur dan merancang serta menyelaras aktiviti berkaitan keselamatan pengubatan.