Tanggungjawab Preseptor di Fasiliti Latihan Liberalisasi (FLL) Ahli Farmasi Provisional (PRP)

  1. Jumlah PRP yang boleh dilatih di mana-mana FLL PRP adalah berdasarkan ratio preseptor kepada PRP yang ditetapkan oleh LFM sahaja. Ratio preseptor (FRP) kepada PRP yang ditetapkan oleh LFM adalah 1:2. Ini bermaksud seorang preseptor hanya boleh melatih maksimum dua (2) orang PRP sahaja pada satu-satu waktu yang sama. Preseptor BUKAN Ahli Farmasi Berdaftar Penuh (FRP) tidak akan diambil kira untuk pengiraan ratio ini.
     
  2. Preseptor perlu mematuhi Code of Conduct for Pharmacists and Bodies Corporate oleh LFM.
     
  3. Memastikan PRP mendapat latihan yang secukupnya berdasarkan buku log latihan PRP (mengikut jenis fasiliti)
     
  4. Memantau setiap aktiviti yang dijalankan oleh PRP dan menjadi sumberrujukan utama kepada PRP sepanjang tempoh latihan selama 52 minggu.
     
  5. Memberikan perkhidmatan/latihan yang professional serta memberikan maklumbalas yang membangun sepanjang tempoh latihan PRP.
     
  6. Memberi penilaian kepada PRP mengikut kriteria yang telah ditetapkan didalam buku log.
     
  7. Melaporkan kepada LFM sekiranya mendapati PRP yang sedang menjalani latihan bermasalah.
     
  8. Memastikan PRP menjalani latihan di premis yang diiktiraf sahaja. LFM akan mengambil tindakan sekiranya PRP diarahkan bertugas di premis yang tidak diiktiraf sebagai fasiliti latihan.
     
  9. Sekiranya preseptor yang sedang melatih PRP ingin meletak jawatan atau tidak lagi berminat untuk bertugas sebagai preseptor, beliau perlu melantik FRP yang lain sebagai pengganti dan PRP boleh meneruskan latihan  dengan pengganti tersebut. Walaubagaimanapun keseluruhan proses ini perlu
    dimaklum kepada LFM melalui surat rasmi oleh preseptor dan perlu mendapatkan kelulusan LFM sebelum tugasnya sebagai preseptor di serah kepada pengganti.

 

Kategori dokumen: 
Garis Panduan