Senarai Ubat Penting Kebangsaan (NEML)

Ubat-ubatan yang tersenarai sebagai Ubat Penting Kebangsaan ditanda sebagai NEML di dalam Formulari Ubat Kementerian Kesihatan Malaysia. Mengikut definisi WHO, ubat penting adalah ubat yang memenuhi keperluan penjagaan kesihatan majoriti penduduk, mudah untuk diperolehi dalam kuantiti yang mencukupi, didapati dalam bentuk dos yang bersesuaian, mempunyai kualiti yang dijamin serta harga yang mampu dimiliki oleh individu atau komuniti. Tidak semua ubat yang tersenarai di dalam FUKKM dikategorikan sebagai NEML.

Kategori dokumen: 
Rujukan