Pembatalan Akreditasi Fasiliti Latihan Liberalisasi (FLL) Ahli Farmasi Provisional (PRP)

 

Premis-premis yang telah berjaya mendapat akreditasi Lembaga Farmasi Malaysia (LFM) sebagai FLL boleh dibatalkan pengiktirafannya dan boleh dikeluarkan nama FLL tersebut dari Senarai Nama Premis Latihan Liberalisasi (FLL) Ahli Farmasi Provisional (PRP) sekiranya:
 

  1. Preseptor melatih jumlah PRP melebihi nisbah preseptor kepadaPRP (ratio) yang ditetapkan oleh LFM iaitu 1:2
     
  2. FLL tidak melatih mana-mana PRP bagi tempoh 3 tahun secara berturut-turut dari tarikh diakreditasi sebagai FLL.(Tarikh nama FLL disiarkan di laman web www.pharmacy.gov.my)

  3. Preseptor atau premis tidak mendapat pengesahan cawangan pengutkuasaan Farmasi (Negeri) untuk dijadikan sebagai FLL

  4. Gagal keputusan audit oleh LFM melebihi dua (2) kali

 

Kategori dokumen: 
Garis Panduan